Insan & Komuniti 26 Oct, 2020

Danish Ilham harap hidupnya bakal bersinar! LZS turut bantu!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
KEBIASAANYA bagi kanak-kanak yang seusia dengannya sentiasa aktif dan lincah dalam menjalani hidup seharian. Mereka akan belajar dan bermain bersama di samping bergurau bersembang dengan penuh keceriaan. Namun keadaan ini berbeza dengan seorang kanak-kanak Danish Ilham, 11, yang sukar bergerak dan hanya mampu terbaring disebabkan menghidap asma agak serius sejak setahun lalu. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan asnaf:

https://kitareporters.com/search?search=asnaf


Sebelum ini dia merupakan seorang anak yang aktif lagi lincah bermain dan bersukan bersama rakan-rakan sebaya sejak kecil. Dengan perwatakan dimiliki memberi suatu kebahagian kepada keluarga.

Bagaimana pun sejak diserang asma yang serius dan agak teruk hingga menyukarkan pergerakannya menyebabkan dia hanya mampu berbaring sahaja sepanjang masa.

Kerusi roda sumbangan LSZ untuk Danish Ilham diterima oleh keluarga di Hospital Serdang, Selangor. - Kredit Foto: LZS

Kasih seorang ibu tiada batas sempadan sekali pun anak kesayangan berkeadaan demikian terus cekal menghadapinya dan tetap memberi semangat dengan harapan kehidupan Danish yang diselubungi kabus bakal bersinar kembali pada suatu hari nanti. Titipan doa terus dipinta kepada Yang Maha Esa.
Ibu yang sentiasa cekal menghadapi keadaan getir yang merupakan ujian itu sering mengalirkan air mata setiap kali melihat anaknya terutama sewaktu sedang lena dan kadang-kadang terdetik di hati semua yang terjadi bagaikan mimpi  sudah pasti rindu untuk melihat Danish kembali riang aktif bergurau berkejaran bersama rakan seperti sebelumnnya. Anak adalah anugerah.Anak adalah amanah dan anak juga ujian daripada Allah.
Buat masa ini, pam susu menjadi teman setianya sepanjang masa kerana Danish hanya perlu minum susu sebagai sumber tenaga hariannya.

Salah seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor menyantuni Danish Ilham untuk diletakkan pada kerusi roda berkenaan.
Lembaga Zakat Selangor (LSZ) melalui sekumpulan pegawainya melakukan kunjung ziarah kepada Danish Ilham di Hospital Serdang, Selangor pada Selasa 21 Oktober 2020 lalu setelah menerima info daripada Dr Azyati yang merawatnya.
Semasa kunjung ziarah itu pihak LZS menyumbang sebuah kerusi roda bagi kemudahan Danish  bergerak di samping bantuan perubatan melalui Asnaf Gharim.
Daripada senyuman yang terpancar pada wajah Danish semasa menerima sumbangan berkenaan meyakinkan para pegawai LZS bahawa dia merupakan seorang anak yang kuat semengat.
Sebagai insan seagama sama-samalah kita doakan Danish segera sembuh dan keluarganya diharap tabah menghadapi dugaan berlaku.Terima kasih kepada pembayar zakat kerana melalui sumbangan ditunaikan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Normazi Surani bersama isteri yang menghidap stroke dirumah mereka di Kuala Selangor.


Sementara itu, seorang tukang rumah sambilan di daerah Kuala Selangor, Normazi Surani menghadapi masalah mencari sumber pendapatan kerana terpaksa menjaga isterinya yang menghidap strok.

Beliau tidak boleh keluar bekerja pada jarak agak jauh dari rumah kerana perlu menjaga dengan rapi isterinya disebabkan kemerosotan kesihatan yang dihadapi akhir-akhir ini.
Doktor memberitahu terdapat jangkitan kuman pada saluran makanan isterinya dan beliau disarankan mengambil susu khas yang kosnya agak mahal. Normazi perlu memberikan susu khas tersebut tiga jam sekali setiap hari.
LZS Cawangan Kuala Selangor yang mendapat maklumat mengenainya mengunjungi Normazi dan melalui kaji selidik yang dijalankan keluarga ini akan diberi bantuan peralatan perubatan, susu khas, lampin pakai buang dan kerusi roda.
Diharap melalui bantuan yang disalurkan mampu mengurangkan beban beliau sekeluarga dan dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.

Kaki Nor Aida Rahyan yang dijangkiti kuman terpaksa dibalut berpunca daripada kencing manis kronik dihidapi. Beliau juga menghadapi masalah untuk bergerak dan memerlukan kerusi roda untuk tujuan tersebut.


Dua warga emas penghidap kencing manis kronik, Nor Aida Rayhan, 57, dan Baharuddin Kassim, 55, dari Kampung Sungai Buloh Jeram turut dikunjungi pihak LZS Cawangan Kuala Selangor.
Nor Aida seorang ibu tunggal yang menghidap jangkitan kuman pada bahagian kaki berpunca daripada penyakit tersebut terpaksa dijaga oleh anaknya. Pergerakan beliau juga agak terbatas akhir-akhir ini dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak.
Manakala Baharuddin yang bekerja sebagai peniaga ikan menghidap kompilasi penyakit kencing manis dan gaut memerlukan kasut bagi membantu membolehkan beliau berjalan.
Disebabkan keadaan yang dialami, beliau kini tidak lagi dapat bekerja menyara keluarga dan menanggung tiga orang anaknya masih bersekolah ditambah pula isteri hanyalah suri rumah.
LZS kini dalam proses menyalurkan bantuan dan keperluan perubatan kepada kedua-dua warga emas berkenaan dalam masa terdekat. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian dilalui. - KitaReporters

Baharuddin Kasim menunjukkan keadaan kakinya yang membengkak kerana menghidap kencing manis dan gaut.

1
0
0
0
0
You will be interested