Insan & Komuniti 03 Nov, 2020

Kawan sekolah jadi pembunuh? Ayah Siti Nur Surya tak sangka!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

TRAGEDI pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ditemui mati di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu bukan sahaja satu kehilangan besar kepada keluarga terbabit malah netizen turut berkongsi kesedihan dalam media sosial. Lebih menyedihkan, si pelaku disyaki adalah kawan karib dan rakan sekolah sendiri. : KitaReporters

Ketua Polis Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud mengadakan sidang media mengenai penahahan remaja perempuan dipercayai pembunuh


Lagi cerita-cerita berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Mangsa Siti Nur Surya Ismail dibunuh kejam apabila beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam ditemukan pada beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri. 

Dalam kejadian jam 2.30 petang pada 1 November 2020 itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Ramai netizen melontarkan perasaan sedih dan marah melalui media sosial dengan perbuatan zalim pihak yang melakukan pembunuhan itu sambil menyifatkan tidak berhati perut. Mereka mahu pihak berkuasa memberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh si pelaku kerana tidak ada sikap peri kemanusiaan ketika melakukan kerja terkutuk tersebut. 


Bapa mangsa Ismail Muda


Bapa mangsa, Ismail Muda, 58, berkata, ketika kejadian beliau tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak. Katanya, dia memang sentiasa ada di rumah sebab jaga isteri saya sakit. Isteri saya tak boleh bergerak dan terlantar sejak setahun lalu.

"Saya keluar bekerja jam 7 pagi tetapi waktu itu tak sempat pun jumpa dan bercakap dengan dia," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.


Kredit foto: hmetro.com.my


Bagaimanapun, teka teki siapa yang melakukan jenayah tersebut terjawab apabila suspek seorang remaja perempuan yang dipercayai melakukan pembunuhan tersebut tampil di Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada jam 7.30 pagi pada 2 November 2020.

Ismail tidak menyangka suspek yang dipercayai melakukan jenayah tersebut adalah kawan baik dan rakan sekolah arwah anaknya. "Saya macam tidak percaya apabila suspek yang ditangkap polis adalah rakan kepada arwah Siti Nur Surya," katanya.


DSP Mohd Adli Mat Daud


Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek pada awalnya hadir ke balai polis ditemani ibunya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Lima itu mencurigakan lalu pihaknya membuat tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

"Hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan antara mereka. 

Gambar ini menjadi tular dalam media sosial.


"Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu," katanya pada sidang media pada 2 November 2020.

Mohd Adli berkata, hasil penahanan suspek, turut ditemui beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap.

Katanya, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga mendapati beberapa kesan kecederaan pada bahagian badannya.



"Kami juga masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu dan perintah tahanan reman akan dimohon esok, 3 Novermber 2020 bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu berkata, tangkapan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - KitaReporters

21
12
379
10
75
You will be interested