Insan & Komuniti 25 Jan, 2022

Aneh tapi benar! Pernah bertanding sebagai wanita! Kini Aprilia bertunang dengan teman wanita!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


APRILIO Perkasa Manganang atau dipanggil Aprilia Manganang adalah bekas pemain bola tampar Indonesia yang bertanding sebagai wanita tetapi kemudian bertekad untuk menjadi lelaki interseks selepas bersara.

Aprilia pernah menjalani pemeriksaan dan dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan (khunsa) dengan bersandarkan kepada ciri fizikal. Namun dia tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahiran serta kad pengenalannya.

Masih merasakan dirinya lelaki, Aprilia akhirnya tekad menjalani pemeriksaan lanjut. Usaha kerasnya itu berhasil apabila pemeriksaan pada 3 Februari 2021 mengesahkan dia adalah lelaki.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan khunsa

Aprilia disahkan lelaki pada Februari 2021 yang lalu. - Kredit foto: Instagram Aprilia


Oleh kerana mendapati Aprilia mempunyai alat kelamin wanita, doktor telah menjalankan pembedahan pembetulan jantina. Justeru kini Aprilia gembira dapat menjalani kehidupan sebagai lelaki.

Baru-baru ini menerusi laporan portal Detik.hot, Aprilia telah melamar kekasih dan bertunang dengan kekasihnya, Claudia. Menurut Aprilia dalam Instagramnya, dia bersyukur kerana ditemukan dengan wanita yang boleh menerima ketidaksempurnaannya.

"Tidak ada kata lain selain mengucap syukur atas semua perjalanan hidup yang Tuhan berikan dan akhirnya menemukan orang yang tepat yang boleh menerima semua ketidaksempurnaan untuk dijadikan sempurna dan indah. Terima kasih dan saya sangat cintakan awak sayang," katanya. 


Terpancar kebahagiaan pada wajah Aprilia. - Kredit foto: Instagram Aprilia


Dalam hantaran dalam Instagramnya, Aprilia tidak lokek berkongsi gambar-gambar ketika majlis pertunangannya. Aprilia dilihat tersenyum bahagia memeluk erat kekasihnya itu.

Dikhabarkan majlis pertunangan berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Mengenakan pakaian sedondon, pasangan ini juga dilihat memakai kasut sneakers sesuai dengan tema kasual.

Sementara itu ramai pengikut dan teman-teman rapat mengucapkan tahniah kepadanya. Semoga hubungan mereka kekal ke jenjang pelamin. - KitaReporters


Aprilia bersyukur kerana ada wanita yang sudi menerima ketidaksempurnaannya.

9
8
0
11
2
You will be interested