Insan & Komuniti 09 May, 2020

Sebab Ustaz Ebit Lew? Semua rumah ditanda X nak dirobohkan!

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this

UMUM mengetahui kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ustaz Ebit Lew yang tidak pernah ada titik noktah. Terbaharu, Ustaz Ebit kini berada di Kuantan, Pahang untuk membantu memindahkan keluarga daif yang memerlukan bantuan. : : KitaReporters


Usaha Ustaz Ebit yang dilihat agak agresif itu tidak berapa disenangi sebilangan ketua komuniti setempat sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam media sosial. 

Malah sebelum ini, Ustaz Ebit pernah dipanggil polis Cawangan Khas Bukit Aman ekoran beberapa laporan terhadapnya yang dikatakan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun sudah mendapat permit untuk bergerak. 

Dan kini di Kuantan, khususnya di Tanjung Lumpur, sekali lagi suasana tidak harmoni wujud selepas pasukan kemanusiaan Ustaz Ebit memindahkan sebuah keluarga daif. 

Hasil daripada tugasan itu, Ustaz Ebit mendakwa semua rumah di kawasan keluarga daif yang dibantunya baru-baru ini hendak diroboh dan dipangkah dengan tanda X. 


“Sebak menangis. Ya Allah Tuhanku. Maafkanlah hamba-Mu ini Ebit Lew. Walau dah nak balik terus, (terpaksa) kembali ke Tanjung Lumpur, Kuantan (selepas) empat hari dah.

“Doakan saya nak bantu sebuah keluarga lagi untuk pindah. Ini je termampu. Maafkan saya,” luahnya dalam Facebook beliau. 


Menurut Ustaz Ebit, dia terus bergegas ke situ bila dapat maklumat dari beberapa penduduk di Kampung Tanjung Lumpur minta bantuan untuk dipindahkan kerana ada notis 14 hari untuk mengosongkan semua rumah di situ. 

“(Tempoh) 14 hari masa PKP.  Ngam (tepat) 1 Syawal nanti. Semua rumah ditanda X setelah saya bantu pindahkan satu rumah semalam,” tulisnya lagi. 

Ustaz Ebit berkata, penduduk kampung mendakwa, orang yang pangkah dan beri notis di situ menyatakan jika beliau tidak melakukan kerja-kerja memindahkan keluarga daif semalam, mereka tidak minta penduduk di situ mengosongkan rumah mereka. 


Dakwa beliau, disebabkan dia telah memindahkan keluarga berkenaan, maka arahan mengosongkan kawasan itu dibuat. 

“Maafkan saya ye. Saya sedar Ebit Lew yang salah. Tak sangka jadi macam ini. Salah saya... maafkan saya ye. 

"Janganlah salahkan sesiapa. Saya bila tengok orang tidur dalam air sekian lama (saya) tak boleh tahan. 

"Ada anak kecil. Atap bocor. Salah saya tak tahan tengok orang tidur atap bocor bertahun.

“Baby sejuk tiada alas tidur. Saya baru belajar Islam walau kucing atau anjing dalam longkang kena diselamatkan. 

"Inikanlah pula manusia yang mulia,” luahnya sedih. 


Menurut Ustaz Ebit lagi, keluarga yang diarahkan berpindah itu pernah mendiami flat yang disediakan oleh kerajaan negeri dengan bayaran RM120 sebulan. 

Namun disebabkan kesesakan hidup, keluarga berkenaan tidak mampu untuk membayar sewa beberapa bulan sehingga diberi notis untuk keluar dari flat tersebut, maka mereka kembali ke rumah uzur tersebut. 

“Saya merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kerajaan Negeri Pahang yang sebenarnya cuba mengatasi hal ini sekian lama.

”Penduduk asal sebahagiannya telah berpindah Flat Mahad dengan bayaran RM120 sebulan. Ada sebahagian dibayar oleh Pusat Zakat Pahang. 

"Tahniah, terima kaseh Zakat Pahang

“Janganlah salahkan sesiapa ye. Jangan hina sesiapa termasuk tuan rumah atau orang miskin

"Kita semua sebuah keluarga. Allah sayang semuanya," tulisnya.

Harap-harap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dapat meleraikan kekalutan dan kekeliruan ini. - KitaReporters

0
1
4
0
1
You will be interested