Insan & Komuniti 08 Dec, 2020

JPKD Penggaram agih nasi ambeng! Terima kasih barisan hadapan

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

NASI ambeng menzahirkan ucapan terima kasih Biro Kebajikan Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Batu Pahat, Johor kepada barisan hadapan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat (HSNIBP) dalam menangani wabak Covid-19. Sebanyak 280 bungkus nasi ambeng itu turut diagihkan kepada barisan hadapan di Pejabat Kesihatan dan Klinik Kesihatan daerah itu. : KitaReporters


Ahli Jawatankuasa JPKD Penggaram bersama Hamidi Mat Tap menyerahkan sumbangan nasi ambeng di Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. - Kredit photo JPKD Penggaram


Lagi kisah-kisah berkaitan Batu Pahat:

https://kitareporters.com/search?search=batu+pahat


Nasi ambeng berkenaan juga diedarkan kepada pelbagai jabatan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat mereka yang bertugas tanpa sempadan wajar dihormati serta dihargai semua lapisan rakyat khusus di daerah itu dalam memastikan wabak Covid-19 tidak menular. 



Mohd Hamidi menunjukkan poster kecil  Biro Kebajikan JPKD Penggaram sempena agihan nasi ambeng Program Muhibah Kasih Penggaram.


Pengerusi biro berkenaan, Mohd Hamidi Mat Tap, berkata bersama-sama ahli JPKD Penggaram dan wakil ahli Jawatankuasa PAS, MIC serta MCA daerah itu turun padang mengagihkan bungkusan nasi ambeng kepada barisan hadapan itu pada 6 Disember 2020.

Menurutnya, agihan nasi ambeng itu adalah di bawah Program Muhibah Kasih Penggaram sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan JPKD kepada barisan hadapan yang gigih memikul tanggungjawab memastikan penduduk daerah berkenaan bebas daripada wabak Covid-19.

Katanya, program itu juga diharap dapat membuka minda ahli jawatankuasa terbabit untuk turut menyedarkan masyarakat mengenai bahaya wabak Covid-19 dengan mematuhi arahan dalam PKPB terutama memakai pelitup muka dan tidak merentas negeri sesuka hati. 


Mohd Hamidi sebagai wakil rasmi Pengerusi JPKD Penggaram, Zaidi Jappar sedang berbual dengan petugas barisan hadapan HSNIBP mengenai Covid-19.


Mohd Hamidi berkata, walaupun bukan kakitangan kesihatan tetapi sebagai rakyat yang prihatin kita boleh menegur atau menasihati jiran tetangga untuk meningkatkan amalan menjaga kebersihan diri dan keluarga.

“Sebagai jawatankuasa yang membela nasib rakyat JPKD ingin membukti kepada petugas barisan hadapan bahawa mereka turut mendapat kerjasama yang secara tidak langsung dalam membasmi penularan wabak itu. 

“Jika sebelum ini hampir setiap minggu JPKD Penggaram turut padang bagi membantu mereka ditimpa musibah termasuk akibat PKPB dan banjir kilat, tapi kali ini bagi mengelak daripada terlepas pandang, ahli jawatankuasa hadir bagi memberi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan pula,” katanya. - KitaReporters 


Petugas barisan hadapan HSNIBP menerima bungkusan nasi ambeng yang diagihkan Biro Kebajikan JPKD Penggaram.

11
1
0
0
1
You will be interested