Insan & Komuniti 22 Jun, 2021

PKP: Lelaki hilang kerja, tempat tinggal! Terpaksa tinggal di dalam kereta dengan 2 ekor kucing!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat dari tahun lepas (2020),  tak semua rakyat Malaysia kekal mempunyai kerja. Malahan ada dalam kalangan kita yang dibuang kerja dan masih lagi mencari kerja untuk meneruskan hidup.

Tular dalam Twitter, seorang pemuda menceritakan kisah seorang lelaki gelandangan yang dilihat tinggal di dalam sebuah kereta Poton Saga Merah di Denai Alam, Shah Alam bersama dua ekor kucing kerana tiada tempat tinggal.


Lagi cerita-cerita menyentuh hati berkaitan gelandangan


Menurut @mohamadfariss, beliau pada mulanya memberikan wang kepada pak cik tersebut untuk digunakan membeli makanan kucing dan mencari bekas air untuk diberi pada kucingnya.

Mohamad Fariss juga bertanyakan kepada pak cik itu di mana beliau tinggal dan adakah dia sedang mencari pekerjaan.



Pak cik tersebut berkata dia telah memohon kerja tetapi tidak berjaya kerana banyak kedai telah ditutup disebabkan PKP. Pak cik tersebut berusia 53 tahun, sedang mencari kerja. Dia boleh lakukan apa-apa kerja kecuali mengangkat berat kerana sakit belakang.

Pak cik yang menjadi gelandangan itu baru berhijrah dari Kedah dan sedang mencari pekerjaan di Selangor. Sebelum ini, lelaki yang belum berkahwin itu tidur di kawasan rehat dan rawat, namun terpaksa keluar kerana kawasan berkenaan telah ditutup.




Bukan itu sahaja, Fariss turut mencari bantuan dari segi kewangan agar pak cik tersebut boleh meneruskan hidup dan tidak tinggal lagi di dalam kereta bersama kucing, dan beliau mendapat pekerjaan berkat daripada posting yang dibuat sehingga mendapat perhatian ramai netizen. 



Rata-rata netizen yang membaca kisah pak cik ini sangat bermurah hati ingin memberi bantuan kepada pak cik ini, rata-rata yang melihat posting ini mendoakan agar pak cik ini mendapat bantuan dari segi perumahan dan pekerjaan tetap.

Semoga pak ini mendapat pekerjaan dan tidak lagi hidup di dalam kereta dan dimurahkan rezeki. - KitaReporters


 

0
2
14
1
0
You will be interested