Insan & Komuniti 17 Nov, 2020

Terima kasih cikgu! Redah hujan agih bahan belajar, tugasan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEBUT sahaja cikgu terbayang ketegasan semasa di dalam kelas, walaupun tidak diendah oleh anak-anak murid namun di hati kecil tetap mahukan anak-anak didiknya menjadi seorang manusia berguna. Malah, menggalas tanggungjawab sebagai cikgu bukanlah kerja mudah sekadar mengajar di dalam kelas semata-mata. Pengorbanan mereka tidak terbalas demi mendidik anak-anak bangsa. : KitaReporters


TETAP bersemangat demi masa depan anak-anak didik. - Kredit foto:  FB wanridhuan.muhammad


Lagi kisah-kisah berkaitan guru-guru:

https://kitareporters.com/search?search=guru-guru


Baru-baru ini, tular kisah seorang cikgu wanita yang ditemani suaminya gigih berkorban masa serta tenaga, dan meredah hujan kerana tidak mahu anak-anak didik ketinggalan dalam pelajaran sepanjang cuti sekolah


SANGGUP berhujan asalkan niat untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didiknya.


Cikgu berkenaan yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu itu dikatakan bimbang anak-anak didiknya yang bakal menduduki SPM tidak belajar sepanjang cuti menyebabkan dia nekad untuk menghantar sendiri bahan pembelajaran dari rumah ke rumah anak-anak didik.

Perkongsian itu dimuat naik oleh seorang suami dalam Facebook miliknya Wan Ridhuan Muhammad yang setia menemani isterinya walaupun dalam keadaan  hujan yang lebat.

HUJAN lebat tidak menghalang usahanya untuk mengagihkan tugasan kepada anak-anak didiknya. - Kredit foto: Facebook Wan Ridhuan Muhammad.


Malah pasangan suami isteri itu tetap meneruskan perjalanan untuk mengagihkan modul pembelajaran.

Wan Ridhuan yang juga seorang pendidik memberitahu, walaupun hujan lebat mereka tetap meneruskan perjalanan asalkan niat isterinya dapat ditunaikan.


SEBANYAK tujuh perhentian  dilalui bagi mengagihkan modul tugasan kepada anak-anak didiknya.


“Ambe sebagai suami...pulas je stereng kereta, Ikut je lah. Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Lebat sungguh," kongsinya.

Malah dalam perjalanan itu mereka melalui tujuh perhentian bagi menyerahkan modul berkenaan kepada 38 muridnya.

Kongsi suaminya lagi, isterinya bimbang anak-anak didiknya tidak menelaah pelajaran sepanjang PKP berlangsung menyebabkan dia tekad menghantar sendiri tugasan berkenaan.

Malah setiap kali berjumpa anak-anak murid isterinya meminta anak-anak didiknya menyiapkan tugasan yang diberikan.


SENTIASA mengingatkan anak-anak didiknya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan.


"Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan daripada mulut si guru jangan lupa buat dan siapkan.. nanti cikgu kutip semula"ujarnya.

Katanya lagi, walaupun kepenatan isteri tersenyum lebar apabila sampai di rumah kerana hajatnya tertunai.

“Pukul 2.30 petang keluar rumah, pukul 6.15 sampai rumah. Sampai sekarang, si cikgu tu senyum sengeh sebab hajatnya tertunai,” katanya lagi.

Syukurlah ada lagi cikgu yang bermulia hati sanggup berkorban segalanya untuk anak-anak didiknya.

Sebagai pelajar pula janganlah ambil mudah dengan keikhlasan cikgu itu, sebaliknya gunakan sepenuhnya. Semua itu bukan untuk orang lain tetapi masa depan dirimu jua.

Terima kasih cikgu.. jasamu dikenang sampai mati dan semoga dibalas setimpalnya di akhirat. - KitaReporters

14
2
0
0
0
You will be interested