Kisah Insan 29 May, 2021

Bank makanan YADIMart! Peluang orang ramai bantu golongan memerlukan! Terjejas kerana PKP 3.0!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Tuan Kamarul Arief Tuan Soh (baju-T biru) menerangkan mengenai operasi YADIMart kepada Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. - Kredit foto: FB Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan YADIM.


ORANG RAMAI berpeluang membantu golongan kurang mampu khususnya B40 yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang dan selepas ini PKP 3.0 penuh melalui ' bank makanan' (food bank) yang dikendalikan oleh pasar raya pertama Yayasaan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) iaitu YADIMart.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mengisi bank makanan berkenaan dengan pelbagai barangan keperluan asas yang boleh dibeli di YADIMart berkenaan beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam mengikut waktu dibenarkan masa PKP sekarang yang terletak di Jalan LP 3/5 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Bank makanan berkenaan diwujudkan sebagai usaha YADIM menyalurkan khidmat kebajikannya membantu golongan kurang mampu semasa PKP 3.0 khususnya yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan melalui kendalian pasar raya YADIMart.

Sebuah rak khas disediakan bagi bank makanan berkenaan untuk orang ramai atau pelanggan meletakkan barangan yang mereka beli dan diberi percuma kepada golongan terjejas atau kurang mampu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan

Dr. Zulkifli (kanan) menyantuni salah seorang petugas di YADIMart, Lestari Perdana, Bandar Putra Permai sewaktu beliau mengunjungi pasar raya berkenaan.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Ahad 23 Mei 2021 yang mengadakan kunjungan singkat ke YADIMart berkenaan menyumbang barangan keperluan asas untuk bank makanan antaranya gula, tepung, biskut, minyak masak dan lain-lain sebagai menyokong usaha penubuhannya.

YADIMart merupakan salah satu pelan bagi memantapkan kedudukan kewangan YADIM dalam menjana pendapatan untuk dimanfaatkan bagi tujuan dakwah dan kebajikan. Ia juga merupakan langkah awal penglibatan agensi agama berkenaan menceburi bidang ekonomi di negara ini.

Pasar raya dengan keluasan 586.27 meter persegi mula beroperasi pada 10 April 2021 lalu dengan menawarkan jualan lebih 5,000 produk segar dan keperluan isi rumah bagi kemudahan serta memberi peluang kepada lebih 30,000 penduduk di sekitar Lestari Perdana, Taman Equine, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Taman Lestari Putra dan yang berhampiran.

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Muslim diberi keutamaan membekal produk mereka di YADIMart selain barangan berjenama popular yang ada di negara ini.



Pada kunjungan yang bertujuan untuk melihat sendiri operasi pasar raya berkenaan, Dr. Zulkifli yakin YADIMart boleh melangkah dengan lebih jauh sebagai antara pesaing sihat dalam sektor peruncitan dan pemborongan memandangkan kepada sambutan masyarakat setempat serta harga barangan yang ditawarkan bersesuaian.

Malahan, katanya, agensi agama di bawah Bahagian Agama JPM bergiat aktif dalam sektor peruncitan antaranya Kedai Rakyat kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YaPEIM Smart dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM) selain YADIMart kendalian YADIM.

Melalui FB beliau menyatakan, tujuan penglibatan agensi-agensi  berkenaan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat terutama golongan B40 kerana harga barangan ditawarkan di premis kendalian agensi itu berpatutan.

Mengenai idea penubuhan YADIMart, Dr Zulkifli berkata, ia merupakan hasil perjumpaan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersama Perdana Menteri pada September 2020.

Semasa kunjungan tersebut beliau diberikan penerangan ringkas mengenai operasi pasar raya tersebut oleh Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di samping beramah mesra dengan petugas-petugas pasar raya.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan YADIMart yang merupakan orang kelainan upaya (OKU). 


YADIMart yang terletak di Jalan LP 3/5 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai memberi kemudahan kepada lebih 30,000 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.


Sebelum itu, beliau mengunjungi Institut Latihan Dakwah YADIM di Sungai Semungkis, Hulu Langat meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf pusat latihan berkenaan.

Pada kunjungan itu, Dr. Zulkifli menyumbang 10 kilogram anak ikan keli untuk kolam ternakan Pusat Latihan Dakwah YADIM tersebut.

Sementara itu, dalam usaha melestarikan gerakan dakwah, pihak YADIM memerlukan sokongan tenaga sukarelawan yang ramai.

Bagi tujuan tersebut kepada mereka yang berminat jom mendaftar sebagai sukarelawan YADIM untuk sama-sama berganding tenaga menggerakkan usaha dakwah Islamiah dikalangan orang ramai.

Kepada yang berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan YADIM melalui pautan ini https://forms,gle/xwbNmzZoTkWksypt6.  -KitaReporters


Dr. Zulkifli Mohamad dengan dibantu oleh seorang kakitangan di Pusat Latihan Dakwah YADIM di Sungai Semungkis, Hulu Langat melepaskan 10 kilogram anak ikan keli ke dalam kolam ternakan institut latihan berkenaan semasa beliau mengadakan kunjungan pada 23 Mei 2021.

1
0
0
0
0
You will be interested

Si Raja Libas Pari telah pergi! Perejam emas Sukan SEAP 1965, Kasim Bakar meninggal dalam tidur!

Mohd Kasim Abu Bakar, 78, yang perkenal teknik libas pari dengan mengiringkan badan sambil kaki rembat bola takraw, meninggal di rumahnya di Kampung Baru, KL

Kecewa dengan abang polis! Mahasiswi hamil bunuh diri di pusara bapanya! Minum teh campur racun!

Akibat kecewa, tertekan, mahasiswi Novia Widyasari Rahayu, 23, nekad bunuh diri di pusara ayahnya setelah kekasih nodainya sehingga hamil enggan bertanggunjawab
Adnan Mohamad in Kisah Insan 20 hours ago

Video| Nasib Mohamed Al-Fayed! Semakin murung dan uzur! Pening kenangkan pergaduhan anak-anak!

Dalam usia menjangkau 92 tahun, bekas pemilik pusat beli belah terkemuka di London, Harrod itu kini ditimpa kemurungan akibat kesihatannya yang semakin merosot
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Video| Nak selamatkan anak, ibu bergelut dengan harimau bintang! Tanpa senjata kecuali kayu api!

Seorang wanita, Kiran di Madhya Pradesh bertarung dengan seekor harimau kumbang tanpa sebarang senjata kecuali sebatang kayu api demi selamatkan anak kecilnya
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 2 days ago

Video| Kembar 4 uji kesabaran ibu bapanya! Bancuh susu 1.5 gelen sehari! 24 kali tukar lampin!

Jenny Marr dari Texas dan suami, Chris teruja urus anak kembar empat mereka - Hudson, Harrison, Henry, Hardy - termasuk menukar lampin sebanyak 24 kali sehari
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago