Dr Zulkifli ziarah Mimi Loma! Hulur bantuan, sumbangan, doa!
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
PENYANYI veteran Aminah Ismail, lebih dikenali sebagai Mimi Loma, 74, yang hidup selesa kira-kira 50 tahun lalu berasa terharu dan berterima kasih apabila menerima kunjungan seorang menteri yang juga tokoh agama bagi melihat keadaan kesihatan dan kehidupannya yang kini serba kekurangan. : KitaReporters
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan kesihatan Mimi Loma kembali sembuh. - Kredit foto: FB MAIWP
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkunjung ke kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur pada tengah hari Isnin, 7 September 2020 lalu.
Kunjungan Dr Zulkifli selain untuk melihat perkembangan kesihatannya dan mendoakan kesembuhan, turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM1,000 dan lampin pakai buang serta beberapa bantuan keperluan makanan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kesihatan Mimi Loma semakin terjejas. - Kredit foto: FB MAIWP
Mimi Loma merupakan penerima sumbangan MAIWP sejak 2002 dan mulai 2004, MAIWP membayarkan sewa bulanan rumah berjumlah RM124.
Kesihatan Mimi Loma semakin terjejas sejak terjatuh pada Mei 2020 lalu yang menyebabkan kecederaan bahagian belakang dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Dia juga mempunyai penyakit darah tinggi dan penglihatan semakin kabur.
Mimi mempunyai seorang anak, Sherina Othman, 47, dan tiga cucu berusia 20, 18 dan 16 tahun.
Mimi Loma bersama anaknya Sherina. - Kredit foto; FB MAIWP
Sebelum dikenali sebagai penyanyi, Mimi Loma dikenali sebagai pelakon. Mimi Loma diperkenal oleh abang iparnya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui filem ‘Ahmad Albab’ pada 1968. Malah nama Mimi Loma pun diberi oleh P Ramlee.
Dalam filem itu, Mimi Loma memegang watak Suhara, isteri Safar (lakonan Allahyarham Karim Latif). P Ramlee memperkenal tiga beradik, Mariani, Saloma dan Mimi Loma dalam filem berkenaan, yang telah berkali-kali diulang tayang tanpa jemu.
Mimi Loma pertama kali diperkenal sebagai pelakon melalui filem 'Ahmad Albab'
Mimi Loma telah merakamkan dua album dalam bentuk EP bersama syarikat rakaman GUO terbitan Ahmad Nawab.
Album pertama berjudul ‘Mengapa Abang Merajuk’ yang turut mengandungi lagu ‘Bawah Rumpun Bambu' dipasarkan pada 1973 tidak lama selepas kematian P Ramlee. Malah lagu ‘Bawah Rumpun Bambu’ antara lagu terakhir ciptaan P Ramlee sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
Kulit album EP pertama Mimi Loma. - Kredit foto: Facebook
Kulit album EP kedua Mimi Loma
Selain lagu-lagu itu, Mimi Loma turut popular dalam beberapa lagu lain seperti ‘Epok-Epok’ dan ‘Hendak Ku Rayu Pada Siapa’. Lagu-lagu nyanyiannya masih disiar dalam siaran Radio Klasik, RTM.
Populariti Mimi Loma memang tidak sepopular kakak-kakaknya Mariani (Siti Mariam) dan Saloma (Salmah), namun ia tetap tercatat sebagai salah seorang insan seni yang berbakat. - KitaReporters
Mimi Loma mendendangkan lagu 'Bawah Rumpun Bambu' dalam satu program RTM pada tahun 2013.
Mimi Loma menyampai lagu 'Mengapa Abang Merajuk' dalam sebuah rancangan RTM pada tahun 2007.
57 bekas pelatih Pusat Kemahiran Belia Kebangsaan (PLBK) Peretak, Kuala Kubu Bharu bertemu di Majlis Mini Re Union Ex Peretak pada 02 November 2024 di Cheras