Insan & Komuniti 03 Sep, 2020

Tak sayang anak ke? Tinggalkan bayi sendirian dalam kereta!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KISAH bayi yang ditinggalkan sendirian di dalam kereta sehingga lemas dan mengakibatkan bayi tersebut meninggal dunia sering diperkatakan dan mendapat liputan meluas, namun sehingga hari ini masih ada yang tidak merasakan perbuatan itu tidak bahaya. Kecuaian terus berlaku dari semasa ke semasa. : KitaReporters

TERGAMAK tinggalkan bayi sendirian tanpa pengawasan orang dewasa di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah.  - Kredit foto: Facebook Caiyun


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:

https://kitareporters.com/search?search=bayi


Kisah kecuaian ini dikongsikan seorang wanita di laman sosial selepas melihat kejadian sama berlaku di hadapannya sendiri di sebuah pasar raya besar di negara ini.

Dalam perkongsian berkenaan wanita yang menggunakan nama Caiyun berkongsi saat mendebarkan apabila melihat seorang bayi yang ditinggal sendirian dalam sebuah kenderaan dalam keadaan berkunci di tempat letak kereta di pasar raya berkenaan.

Kongsinya dia menyedari kejadian itu ketika selesai membeli belah dan menuju ke tempat letak kereta apabila melihat orang ramai berkumpul bersebelahan dengan keretanya.

“Sebelum masuk ke kereta saya mendengar orang ramai yang berkumpul di tepi kereta yang di dalamnya terdapat seorang bayi yang ditinggal sendirian dalam keadaan menangis,” tulisnya dalam hantaran Facebook miliknya.

Katanya, dia yang serba salah melihat bayi yang menangis terus merakamkan gambar bayi berkenaan dan segera bergegas ke kaunter perkhidmatan pelanggan pasar raya berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Namun sayangnya, pihak kaunter perkhidmatan tidak dapat membuat pengumuman  berkenaan kerana alat pembesar suara di kawasan itu tidak berfungsi.

“Saya kembali ke tempat letak kereta dan melihat bayi berkenaan masih menangis, namun saya dan orang ramai yang berkumpul di situ tidak berani untuk membuka kereta itu dengan sesuka hati.” ujarnya lagi.

Namun wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak lama kemudian dua pengawal keselamatan pasar raya berkenaan datang menemuinya dan nekad bertindak pecahkan tingkap kecil di belakang tempat duduk penumpang kenderaan berkenaan bagi membuka pintu itu dari dalam.


Syukur kerana bayi berkenaan berjaya diselamat selepas orang ramai mendukungnya. Malah ibu bayi berkenaan pula muncul kira-kira 15 minit kemudian.

Menurut ibu bayi berkenaan dia bertindak sedemikian kerana tidak ada orang membantu menjaga anaknya dan bimbang pihak pengurusan pasar raya itu tidak membenarkan kemasukan bayi dan warga emas.

Alahai tergamaknya… sanggup tinggal anak demi kepentingan sendiri. Tak sayang anak ke wahai ibu muda?

Caiyan dalam perkongsian berkenaan berharap ibu muda itu belajar daripada kesilapannya dan tidak akan melakukannya lagi.

“Mungkin kali ini dia bertuah kerana ada yang tolong menyelamatkan anaknya, namun belum tentu pada masa hadapan,” tulis Caiyun mengakhiri kirimannya. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested