

Penduduk kampung menunjukkan bumbung rumah yang rosak dan ada yang diterbangkan angin kuat di Kampung Pak Darus, Bukit Gantang dekat Taiping pada 13 April 2025.
"Bunyi deruan angin yang kuat menyebabkan saya ketakutan." Begitulah kata seorang mangsa ribut di Kampung Pak Darus, Bukit Gantang di Perak.
Rosnani Che
Meh, 52 berkata, dia tinggal dalam bilik dengan seorang cucu lelaki berumur
empat bulan apabila angin bertiup dengan kencang dalam kejadian pukul 4 petang pada Ahad, 13 April 2025.
“Saya ketakutan
dan memeluk erak cucu saya kerana begitu takut kerana ini adalah kejadian ribut
yang pertama kali berlaku di sini (Kampung Pak Darus),” katanya ketika ditemui malam tadi, 13 April 2025 di kampung itu.
Suri rumah itu berkata, dia mahu keluar dari bilik tetapi pintu bilik tidak dapat dibuka kerana ditolak kuat oleh angin. Selepas angin dan hujan reda saya keluar dari bilik mendapati bumbung rumah saya sudah diterbangkan oleh angin.
“Semua
barangan elektrik rosak, begitu juga dengan tilam dan saya mengalami kerugian
lebih RM10,000,” katanya.
Beliau berharap Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dapat membantu membaik pulih semula rumahnya.

Sementara itu Syed Abu Hussin berkata, hampir 100 buah rumah membabitkan Kampung Pak Darus, Taman Damai, Taman Kaya dan Taman Ria terbabit dalam kejadian ribut.
Beliau
berkata, pihaknya simpati dengan mereka yang terlibat dalam bencana alam ini.
“Saya akan mengumpul data dan saya akan panggil kontraktor untuk membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut. Saya sudah tempah zink dan besi untuk membaik pulih rumah terlibat,” katanya.
Menurut,
pihaknya akan melantik kontraktor untuk membaik pulih rumah yang rosak.
“Saya juga menyediakan sebanyak 200 paket makanan untuk membantu mangsa ribut yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Taman Kaya,” katanya. - KitaReporters

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (berpayung) melihat sebuah rumah yang bumbungnya diterbangkan oleh angin kuat di Kampung Pak Darus, Bukit Gantang di Perak pada 13 April 2025.