Insan & Komuniti 14 Apr, 2025

Apa dah jadi? Tunang dengan anak! Lari dengan emak mentua! Hilang bersama wang tunai, barang kemas!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

 


MACAM kisah dalam lagu ‘Lanang Tunang Tak Jadi’ nyanyian Allahyarham P. Ramlee pula: “Lanang dek oi lanang, hai Lanang muda mudi, hantar sirih pinang tapi kahwin tak jadi. Apa nak dikenang memang bukan aku yang punya. Apa nak dirisau sudah nasib orang dah kacau.”

Bertunang dan sepatutnya berkahwin dengan gadis pilihan. Segala persiapan sudah dibuat. Kad jemputan sudah diedar. Tetapi 10 hari sebelum majlis perkahwinan, bakal pengantin lelaki menghilangkan diri pada 6 April 2025. Lebih mengharukan,dia menghilang bersama bakal emak mentua!

Benarlah, macam-macam hal tidak diduga dan aneh boleh berlaku dalam dunia ini. Sudah memilih anak tetapi lari pula bersama bakal mentua yang lebih tua.


Uttarakhad, negeri di utara India, berjiran dengan Uttar Pradesh.


Kisah kasih beralih arah ini berlaku di negeri Uttarakhand, utara India. Negeri ini berjiran dengan Uttar Pradesh.

Penyelia sebuah syarikat swasta di Uttarakand, Rahul, 25, sepatutnya melangsungkan perkawinan dengan tunangnya, Shivani, di sebuah kampung, Manoharpur Kayastha.

Namun tiada siapa menduga saat gembira menjelang perkawhinan Rahul dengan Shivani bertukar jadi insiden yang mengejutkan keluarga dan masyarakat kampung.

Rahul dilapor hilang pada 6 April 2025 sedangkan dia dan Shivani dijadual berkahwin pada 16 April. Lebih mengejutkan, pada tarikh sama bakal mentuanya, Anita, 38, juga hilang. Dipercayai kedua-dua mereka menghilangkan diri bersama-sama.


Rahul dan bakal mentua, Anita, menghilangkan diri 10 hari sebelum perkahwinan Rahul dengan anak Anita, Shivani. 


Sehingga kini belum dapat dikesan ke mana bakal menantu dan emak mentua itu menghilang. Yang pasti ia menyebabkan kejutan emosi yang teramat sangat kepada Shivani sehingga jatuh sakit.

Manakan tidak berlaku gangguan emosi. Persiapan perkahwinan sia-sia, emak sendiri pula menghilangkan diri bersama bakal menantu, dan bakal suaminya sendiri.

Berikutan itu, keluarga kedua-dua pihak membuat laporan polis berhubung kehilangan misteri itu. Polis menyiasat dan mencari tetapi sehingga kini belum ada perkembangan positif.


Memang nampak mesra sekali Rahul dengan bakal emak mentua, Anita. Rupanya ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.


Ahli keluarga percaya kejadian ini berlaku berpunca daripada Anita yang dipercayai secara diam-diam menaruh perasaan terhadap Rahul.

Anita dikatakan menghadiahkan telefon bimbit kepada Rahul enam bulan lalu. Selain itu, Rahul kerap berkunjung ke rumah bakal mentuanya dan kedua mereka kerap berbual panjang.

Perlakuan ini tidak mendatangkan syak kepada ahli keluarga. Maklum pertemuan dan perbualan antara bakal menantu dengan bakal mentua. Ia dilihat menyerlahkan kemesraan mereka sebelum menjadi ahli keluarga.

Namun rupanya dalam mesra ada niat tersirat dalam diri mereka. Si ibu tidak memikirkan masa depan anak, malah sanggup melarikan diri bersama tunang anak sendiri.

Rahul pula sanggup meninggalkan tunang dan tertarik hati dengan bakal mentua sendiri sedangkan beza umurnya dengan bakal mentua ialah 13 tahun. Benarlah orang bercinta boleh jadi buta, lupa segalanya.


Walau pun sudah berusia 38 tahun, Anita nampak muda. Barangkali kerana itu bakal menantu tertarik dengannya.


Tidak cukup ‘menyeksa’ anak, Anita melarikan sama barang kemas milik anaknya serta wang tunai 350,000 Rupees (RM19,700). Perhiasan dan wang ini disimpan di rumah sebagai persiapan majlis perkawinan. Semuanya lesap.

Menurut pegawai polis, Iglas Mahesh Kumar, pihak keluarga wanita sudah membuat aduan rasmi bertulis mengenai kehilangan barang kemas dan wang tunai tersebut.

Polis yang melancarkan gerakan mencari Rahul dan Anita percaya mereka dapat ditahan dalam tempoh yang singkat. - KitaReporters

 

12
16
0
11
0
You will be interested