Insan & Komuniti 26 Aug, 2020

Nasib suami! Dahlah susah nak cari kerja, diceraikan pulak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
WABAK virus Covid-19 nampaknya bukan sahaja menjatuhkan perniagaan, tetapi juga meruntuhkan rumah tangga. Puncanya pun sama iaitu wang, lebih tepat ketiadaan wang. Di Indonesia, kehilangan sumber ekonomi menjadi antara angkara berlaku peningkatan perceraian. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan perceraian:

https://kitareporters.com/search?search=perceraian


Bagaimanapun isu meningkatnya kes cerai di Indonesia menjadi tular apabila sebuah akaun Instagram bernama @bandung.updates memuat naik video memperihatkan barisan panjang orang ramai menunggu di luar Mahkamah Syariah Soreang di Bandung, Jawa Barat pada Isnin, 24 Ogos lalu.

Menurut pemilik akaun, barisan panjang itu untuk mengurus kes-kes perceraian.

“Jangan terkejut melihat barisan panjang ini. Ia bukan untuk mendapatkan bantuan sosial, sebaliknya untuk mengurus perceraian di Mahkamah Syariah Soreang,” kata pemIlik akaun.

Barisan panjang bagi memasuki bangunan Mahkamah Syariah Soreang, Bandung. - Kredit foto: @bandung.update



Tulisan dalam akaun itu dibanjiri netizen yang tertarik dengan situasi itu.

“Jelaslah, gara-gara Covid-19 kerana banyak suami yang diberhenti kerja dan tidak dapat menafkah anak isteri,” tulis salah satu pemilik akaun.

“Beberapa kawan saya menerima tuntutan cerai isteri kerana sudah tidak dapat menanggung ekonomi keluarga. Memang tertekan bagi lelaki kerana susah dapat pekerjaan lain dan di masa yang sama diminta cerai oleh isteri,” kata seorang lagi netizen.

Pihak Mahkamah Syariah Soreang yang dihubungi Kompas.com melalui telefon mengesahkan ramainya orang ramai yang mengemukakan tuntutan cerai.

"Rata-rata setiap hari memang penuh. Biasanya hari Isnin, Selasa dan Khamis ramai mengemukakan pemohonan," kata Ahmad Sadikin, salah seorang pegawai urusan cerai Mahkamah Syariah Soreang ketika  dihubungi Kompas.com. - KitaReporters

1
0
3
0
0
You will be interested