Insan & Komuniti 12 Jun, 2021

Berita Terkini| Ebit Lew dalam keadaan baik! Muat naik status terbaharu di FB! Mohon doa semua

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Status terbaharu dalam Facebook Ebit Lew pada 12 Jun 2021 yang memalumkan keadaan terkini beliau di Mesir.


Pendakwah terkenal, Ebit  Lew yang menyertai misi kemanusiaan di Gaza memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan menerusi akaun Facebooknya pada 12 Jun 2021 yang turut memohon doa orang ramai agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya ringkas berserta sekeping gambar beliau berdiri di atas sebuah bangunan.

Status terbaharu beliau itu sekali gus mengakhiri kebimbangan orang ramai berhubung keadaannya di Mesir setelah kali terakhir memuat naik status di Facebooknya ialah pada 27 Mei 2021.

Ebit Lew berlepas ke Mesir bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas teruk akibat serangan genosid regim aparteid Israel pada 25 Mei 2021.

Misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin oleh dirancang delegasi Ebit Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar dalam satu kenyataan pada 26 Mei 2021. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

4
0
0
0
0
You will be interested