Insan & Komuniti 04 Feb, 2026

Sampai bila? Dah lebih 40 tahun! Bila nak selesai? Penduduk buat demo, protes bau busuk najis babi!

Share this

Sampai bila bau najis babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara boleh selesai? Dah lebih 40 tahun masalah ini belum dapat diselesaikan sehingga kini.


Penduduk keluar beramai-ramai menzahirkan kerisauan mereka setiap hari.


Penduduk terpaksa buat bantahan aman bagi mencari penyelesaian setelah aduan demi aduan kepada pihak berkuasa tidak juga dapat mengatasi masalah pencemaran bau dan najis babi termasuk di Sungai Kereh yang telah berlarutan.

Memorandum aduan kepada wakil rakyat termasuk Adun dan Ahli Parlimen telah pun dibuat tetapi situasinya tetap statik dan tidak berubah.


Pencemaran bau dan najis babi di Sungai Kereh sejak lebih 45 tahun lalu tidak harus dipandang ringan.


Kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun menubuhkan Jawatankuasa Task Force Pengurusan Pencemaran Sungai dari ladang penternakan babi Pulau Pinang pada tahun 2021 dengan tujuan utama untuk selesaikan isu pencemaran tersebut.

Namun begitu keadaan ladang babi di kawasan terbabit tetap seperti sedia ada.


Penduduk menzahirkan kerisauan mereka melalui himpunan aman pada 31 Januari 2026.

Persoalannya sampai bila penduduk mahu berdemo dan berhimpun secara aman untuk mendapat pembelaan mahupun keadilan dalam isu yang berlarutan sejak sekian lama.

Himpunan aman yang diadakan pada 31 Januari 2026 lalu itu adalah antara langkah terakhir penduduk dengan harapan menggunung supaya pencemaran serta bau busuk dari ladang babi setiap hari dapat diatasi segera oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri. - KitaReporters


Antara kain rentang yang menzahirkan kebimbangan penduduk ekoran pencemaran najis babi di Tasek Gelugor.
16
14
0
11
0
You will be interested