Insan & Komuniti 23 May, 2020

3,500 kampit beras untuk Aidilfitri! Penduduk DUN Permaisuri

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KERISAUAN penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Setiu, Terengganu untuk mendapatkan bekalan beras bagi persediaan sambutan Aidilfitri pada Ahad, 24 Mei 2020, dapat diatasi apabila ada pihak bersedia mengagihkan bahan berkenaan secara percuma kepada orang ramai. : KitaReporters 

Sukarelawan siap sedia untuk mengagihkan beras kepada penduduk DUN Permaisuri, Terengganu


Ini kerana Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri sudah bersiap sedia untuk mengagihkan bahan keperluan berkenaan kepada penduduk di kawasan terbabit bagi membantu orang ramai khususnya penduduk yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berjalan di negeri itu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh berkata,  menerusi program cakna rakyat pihaknya akan membantu sekadar yang termampu untuk meneruskan menyalur bantuan  bagi mempastikan penduduk tidak terjejas dengan keadaan sekarang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh 


Katanya, menjelang Aidilfitri pihaknya akan menyediakan bekalan beras yang akan mengagihkan 3,500 kampit beras kepada ketua keluarga di kawasan DUN berkenaan. 

Usaha ini, katanya, bukanlah pertama kali dilakukan pihak beliau kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) bermula 18 Mac 2020 berikutan wabak COVID-19 sudah empat kali program pengagihan bekalan dilaksanakan d kawasan terbabit. 

“Sebelum ini 1,700  keluarga terpilih  sudah menerima bekalan bahan basah dan barang keperluan dapur,” katanya. 

Pengagihan barang basah dan dapur kepada penduduk terjejas akibat COVID-19 kepada penduduk DUN Permaisuri, Setiu


Katanya, dalam tempoh terdekat ini orang ramai tidak payah keluar, sebaliknya tunggu di rumah masing-masing kerana ada sukarelawan yang akan menghantar beras terus ke rumah penduduk. 

Abd Halim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyediakan peruntukan RM100,000 kepada setiap ADUN untuk membolehkan  pengurusan aktiviti terutama dalam tempoh PKP dan PKPB

Beras bahan keperluan utama penduduk yang akan diagihkan kepada penduduk DUN Permaisuri, Setiu menjelang Aidilfitri


Beliau berkata, pihak pejabat pusat khidmat masyarakat DUN tidak menghadapi masalaah untuk urusan pengagihan bekalan kerana ramai sularelawan tempatan sedia tampil membantu sepanjang tempoh PKPB berjalan. 

Abd Halim mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan Aidilfitri kepada penduduk DUN Permaisuri, Setiu,Terengganu 


“Dengan adanya bantuan secara berterusan dari kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) rakyat negeri ini akan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dalam keadaan harmoni dan terus kekal di rumah-masing-masing,” katanya. - KitaReporters

8
3
1
1
1
You will be interested