Insan & Komuniti 30 Aug, 2021

Video| Aniaya anak usia 2 tahun! Paksa hisap rokok sampai batuk! Bagi pujuk bekas isteri rujuk!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Gambar hiasan... Seorang bapa, SM, ditahan oleh polis kerana disyaki menganiaya anaknya dengan memaksa anak itu merokok bagi memujuk bekas isterinya untuk merujuk kembali kepadanya. - Kredit foto: Tribun Medan.

Bapa durjana! Bekas isteri enggan rujuk menyebabkan si lelaki yang dikenali sebagai SM, 27, melampiaskan kemarahannya terhadap anak lelaki yang baru berusia 2 tahun termasuk memaksa budak itu menghisap rokok sehingga terbatuk-batuk

Peristiwa itu terjadi di Dusun Poli Hopur, Desa Simulajang, Kecamatan Na IX-X, Kabupaten Labuhanbatu, Sumatera Utara pada Rabu, 18 Ogos 2021 kira-kira  pukul 10.30 malam waktu tempatan.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rokok

SM (dalam bulatan) mengaku khilaf dan tidak akan mengulangi kesalahannya. - Kredit foto: Tribun Medan


Menurut Ketua Polis Daerah Labuhanbatu, AKBP Deni Kurniawan kepada Tribun Medan pada Jumaat 27, Ogos 2021, pasangan itu baru bercerai pada 3 Ogos 2021. SM yang gila talak cuba memujuk bekas isterinya, yang dikenali sebagai NH, untuk rujuk kembali.

Sebagai langkah memaksa, SM menganiaya anak mereka termasuk memaksanya menghisap rokok hingga terbatuk-batuk.

Video itu ditular oleh SM dalam media sosial dan turut dilihat oleh NH. Lalu NH datang secara diam-diam ke rumah SM. Dia secara curi-curi merakamkan keadaan anaknya yang calar balar dan kemudian membuat laporan polis.

Sebelum ini, NH meminta hak penjagaan anak mereka, namun SM sentiasa mengelak. 


Kredit foto: Detiknews


Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan SM pada Khamis, 26 Ogos 2021.

Sementara itu SM dalam sidang media di balai polis Labuhanbatu, dengan muka tertunduk, meminta maaf atas kekhilafannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.

"Saya meminta maaf sebesar-besarnya kepada anak saya dan keluarga serta masyarakat Indonesia.

"Kerana saya telah melakukan perkara yang tidak baik kepada anak saya, mohon dimaafkan sebesar-besarnya," katanya dalam sidang media itu. - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested