Kisah Insan 31 Jul, 2020

Doa kekawan: Erra Fazira pulih denggi! Dah dibenarkan pulang

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELEBRITI Erra Fazira, 46, yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada Khamis, 23 Julai 2020 lalu akibat demam denggi, kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam Khamis, 30 Julai 2020. Alhamdulillah... semoga Erra terus sembuh dan kembali sihat. : KitaReporters

Erra Fazira menerima kunjungan rakan artis, Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey. - Kredit foto: IG errafazira


Lagi cerita-cerita mengenai Erra Fazira:

https://kitareporters.com/search?search=Erra+Fazira


Dalam satu entri yang dikongsi dalam Instagram miliknya, Erra Fazira mengucapkan syukur kerana semakin pulih daripada demam denggi yang dialaminya.

"Alhamdulillahhhhh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya. 

"Syukur platelet dah ada peningkatan. Dah boleh balik dan monitor dari rumah.

Erra Fazira berfoto kenangan dengan para jururawat yang merawatnya


"Terima kasih kepada Dr Shamsul dan nurses (para jururawat) yang sangat baik melayan saya sepanjang berada di dalam hospital. Moga Allah membalas kebaikan semua," tulis Erra pada entri dalam Instagramnya itu.

Betty Benafe turut mengucap kata-kata semangat


Erra turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang  menziarahnya di hospital. Antaranya Norman Hakim dan isteri, Memey dan jandanya, Abby Abadi serta Betty Benafe.

"Terima kasih kawan-kawan yang sempat hadir ziarah. Maaf bukan tak kasi kawan-kawan datang, tapi dengan keadaan Covid-19, tidak digalakkan datang ziarah ramai-ramai.

"Yang penting titipan doa kalian sangat-sangat bermakna buat saya. 

"Love all of you to the moon and back," coret Erra berserta beberapa keping gambar bersama mereka yang sempat datang menziarah.

Erra Fazira dirawat selama seminggu di sebuah pusat perubatan


Khamis minggu lalu, Erra dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam sejak tiga hari sebelumnya yang menyebabkan sejumlah kegiatannya perlu ditunda. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested

Keluarga Malaysia: Usaha mulia Sahabat Telekung Kuantan! Agih barangan elektrik, kelengkapan solat!

Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan (STK) mengambil imisiatif mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah itu awal bulan ini.

Video| Gara-gara banjir! Pengantin wanita naik perahu sejauh 4km! Akad nikah di pejabat agama!

Pengantin perempuan Fitri dengan pakaian pernikahan terpaksa naiki sebuah perahu dan harungi sungai sejauh 4km demi hadiri majlis akad nikahnya di pejabat agama
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Aneh tapi benar! Pernah bertanding sebagai wanita! Kini Aprilia bertunang dengan teman wanita!

Aprilio Perkasa Manganang bekas pemain bola tampar Indonesia yang bertanding sebagai wanita tetapi kemudian bertekad untuk jadi lelaki interseks selepas bersara
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 3 days ago

Video| Ular sawa berjaya ditangkap! Hasil laporan live Haziq Asyraf! Dah macam wartawan kau dik!

Muhammad Haziq Mohd Asyraf buat laporan live berkenaan seekor ular sawa dijumpainya di salah satu kawasan market di Bukit Selambau jadi tular dalam media sosial
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 3 days ago

Video| Keluarga Malaysia: JPJ, polis santuni penghidap kanser cilik! Hadiah hari lahir terindah!

Anggota JPJ serta Polis Setiu bersama santuni Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri, pengidap penyakit kanser saraf dan leukimia tahap 4, sempena hari lahirnya
Noor Hayati Mamat in Kisah Insan 5 days ago