KEBANYAKAN manusia sukakan haiwan peliharaan yang jinak seperti kucing, namun ada segelintir tergamak bertindak kejam dengan melakukan pelbagai perbuatan di luar batas perikemanusiaan. Manusia menjadi makhluk yang paling kejam di atas muka bumi ini kerana bertindak kejam serta menganiaya makhluk lain. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kucing:
https://kitareporters.com/search?search=kucing
Tular dalam Facebook baru-baru ini seekor kucing dikatakan telah dilapah oleh pembunuhnya di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.Kisah ini telah dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) apabila seekor kucing menjadi mangsa tangan jahat manusia apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati. Inilah keadaan sebelum dan selepas kucing yang dilapah oleh pembunuhnya di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.
Persatuan itu menulis: "Apalah dosa sebesar mana sangatlah kesalahan kucing betina ini hingga sanggup pelaku merobek perutnya untuk organ dalaman seperti jantung, paru.paru, hati dan buah pinggang? Manakala bahagian tengkoraknya hilang dan hanya tinggal kulit kepala lengkap dengan hidung dan teinganya. Darahnya juga kering dan tiada tompokan darah dimana-mana kawasan dia ditemui.
"Si Kucing Kinrara ini ditemui pemilik hanya beberapa meter di belakang rumah kediamannya. Adakah Kucing Kinrara menjadi mangsa pemujaan? Atau pemakan organ dan isi kucing?
"Animal Malaysia masih menanti jawapan daripada siasatan sekeliling. Diharapkan kita mendapat petunjuk dan mempunyai saksi kejadian. Kucing Kinrara bukan mati disebabkan kejdian biasa atau serangan haiwan lain. Cara torehan dan potongan adalah hasil tangan manusia.
"Mana-mana saksi yang ada maklumat aktiviti pembunuhan ini boleh hubungi whatsapp hotline Animal Malaysia +601120901097."
Rata-rata netizen sangat marah akan tindakan manusia yang sangat kejam ini.
Kejam tahap melampau:
Mereka juga berkongsikan mengapa mereka takut untuk melepaskan kucing mereka di luar rumah dan sanggup mengurung kucing kesayangan mereka di dalam rumah.
Sanggup kurung kucing:
Semoga pesalah dapat ditangkap dengan segera, kerana kekejaman seperti ini perlu dicegah dari sekarang agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Dalam pada itu, Animal Malaysia memuji tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) dan berterima kaseh kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yangmembuka pintu dan dasar terbuka memasukkan peranan NGO dan elemen kebajikan haiwan dalam subjek buku teks sekolah pada peringkat menengah.
"Ini merupakan satu penanda aras yang baik untuk mencapai darjat sebuah negara celik Dasar Kebajikan Haiwan dan Hak Haiwan apabila pelajar sekolah mula didedahkan kepada kerja kemanusiaan berkaitan haiwan," tulis persatuan itu dalam postingnya dalam Facebook.
Diharapkan ini langkah terbaik ke arah meningkat kesedaran umum terhadap kebajikan haiwan dan mengelak berlakunya kes-kes penganiayaan atau kekejaman terhadap haiwan, seperti kes kucing di atas. - KitaReporters