Jet Li tidak malu mengaku belajar bahasa Inggeris ketika sudah berusia 35 tahun. - Kredit foto: IG Jetli
Pelakon yang ingin memperkembangkan bakat lakonan atau nyanyiannya ke peringkat antarabangsa perlu menguasai bahasa asing terutama Bahasa Inggeris. Sejarah membuktikan banyak selebriti mampu memperkembangkan bakatnya setelah menguasai bahasa asing.
Salah satu bukti nyata ialah pelakon aksi terkenal Jet Li, 58.
Berkat ketabahannya belajar bahasa Inggeris membuat dia yang nama asalnya Li Liangie, kini menjadi salah satu pelakon antarabangsa yang berjaya memecah tembok Hollywood.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara China
Jet Li dalam filem Lethal Weapon 4. - Kredit foto: IMDB.com
Tahukah anda bahawa pelakon asal dari China ini belajar bahasa Inggeris dari asas bertatih seperti kanak-kanak tadika pada tahun 1998 ketika beliau sudah berusia 35 tahun.
Menurut portal Tabloid Bintang, Jet Li berkata, dia menghafal 26 huruf dan sebutan bahasa Inggeris semasa mempersiapkan diri untuk uji bakat filem ‘Lethal Weapon 4’ pada 1998.
Filem 'Lethal Weapon' mendorong Jet Li belajar bahasa Inggeris. - Kredit foto: IG Jetli
Tambahnya, dia mendengar rakaman suara rakannya membaca perkataan terlebih dahulu dan menghafalnya sepanjang hari bagi memastikan skrip diberi dapat disebut dengan lancar semasa penggambaran.
‘Lethal Weapon 4’ adalah filem bahasa Inggeris pertamanya di mana dia membawa watak orang jahat. Filem itu adalah percubaannya berlakon sebagai antagonis kerana ingin mempelbagaikan watak.
Jet Li mengaku ketika itu pertuturannya dalam bahasa Inggeris kurang lancar. Namun ia memberi dorongan kepadanya untuk mempertingkat penguasaan bahasa Inggerisnya dalam penulisan dan penuturan dari semasa ke semasa.
Akhirnya kini apabila melihat Jet Li berlakon dalam filem Hollywood kelihatan lakonannya dalam bahasa Inggeris cukup mengesankan. Setelah 23 tahun belajar bahasa Inggeris, Jet Li sudah dianggap fasih.
Jet Li dari warga negara China, menjadi warga Amerika Syarikat dan kini warganegara Singapura. - Kredit foto IG Jetli
Bagi memperkembangkan kariernya ke peringkat antarabangsa, Jet Li melepaskan kewargaan China pada tahun 2003 bagi menjadi warga negara Amerika Syarikat pada 2003 hingga 2009.
Namun pada tahun 2009 dia beralih menjadi warga negara Singapura yang sesuai dengan dirinya yang menguasai dialek bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris.
Menurut Wikipedia, Jet Li telah berlakon dalam 48 buah filem dalam dialek Mandarin dan bahasa Inggeris bermula dari filem ‘Shaolin Temple’ pada 1982. Dia turut menjadi pengarah dan penerbit filem. - KitaReporters