Insan & Komuniti 22 Feb, 2021

Terima kasih YB Idris Jusoh! 200 pelajar miskin daerah Besut terima tablet, laptop percuma!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Idris Jusoh (kiri) bersama Abdullah Zawawi Yahya (kanan) ketika menyampaikan tablet kepada murid di Kampung Pancur, Hulu Besut


PELAKSANAAN kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kepada murid-murid sekolah rendah memberi kesan kepada kebanyakkan keluarga kerana tidak mampu untuk menyediakan kemudahan peranti bagi tujuan pembelajaran.

Malah, kaedah baharu yang dilaksanakan oleh kementerian terbabit yang disifatkan norma baharu dalam sistem pendidikan negara berikutan penularan pandemik COVID-19 menimbul keresahan kepada sesetengah ibu bapa terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Idris Jusoh:

https://kitareporters.com/search?search=idris+jusoh


Dua beradik dari Sekolah Kebangsaan Pancor, Hulu Besut menunjukkan tablet yang diterima dari Ahli Parlimen Besut.


Datuk Seri Idris Jusoh


Bukan itu sahaja, jika ada peranti berkenaan ia juga tidak dapat menyelesaikan masalah jika kawasan terbabit tidak mempunyai rangkaian internet untuk ekses pada telefon pintar, tablet juga laptop.

Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Pejabat Ahli Parlimen Besut yang memberikan bantuan tablet dan komputer riba (laptop) percuma kepada pelajar daerah itu yang memerlukan kemudahan peranti berkenaan patut dipuji.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang peka dengan masalah dihadapi keluarga berpendapatan rendah untuk membeli peranti berkenaan menyediakan peruntukkan khas bagi membeli tablet dan komputer riba untuk diagihkan kepada pelajar terpilih.

Sebanyak 200 tablet sudah diagihkan kepada pelajar membabitkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut dan Kuala Besut yang majoriti keluarga adalah petani dan nelayan diberi keutamaan dalam program fasa pertama itu.


Idris bersama Tengku Zaihan (dua dari kiri) menyampaikan tablet kepada pelajar di DUN  Kuala Besut


Idris bersama  ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya turun padang mengagihkan peranti  berkenaan dari rumah ke rumah membabitkan di DUN terbabit pada Sabtu, 20 Februari 2021.

Idris yang juga Pengerusi FELDA berkata, selain itu agensi terbabit juga menyediakan Sistem Kelas Pintar (Smart Classroom) membabitkan 101 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Katanya, FELDA memperuntukkan RM2.98 juta bagi mewujudkan kelas pintar berkenaan untuk membeli pelbagai kelengkapan termasuk komputer, televisyen (Smart TV), pendingin hawa dan makmal.

“Pelaksanaan program tersebut adalah bagi meningkatkan taraf pendidikan dan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar luar bandar,” katanya. - KitaReporters



12
3
2
4
1
You will be interested