Insan & Komuniti 20 Feb, 2021

Terima kasih YB Besut! Nasib penduduk 4 kampung dalam DUN Hulu Besut kena PKPD tak dilupakan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Bungkusan makanan yang diagihkan kepada penduduk yang terjejas dngan PKPD di Hulu Besut


NASIB penduduk empat kampung dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang terkurung dan tidak dapat keluar kawasan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak pernah diabaikan oleh pihak berkuasa apabila mereka diberi pelbagai bantuan dalam tempoh penguatkuasaan perintah tersebut. 

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memantau keperluan penduduk terutama bekalan makanan yang perlu diberi perhatian utama kerana mereka yang terkurung tidak dibenarkan keluar ke bandar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPD:

https://kitareporters.com/search?search=PKPD


Seorang sukarelawan Pejabat Ahli Parlimen Besut menunjukkan ayam dan bungkusan makanan yang akan diagihkan kepada penduduk


Berikutan pelaksanaan PKPD tersebut lebih 2,000 penduduk daripada 467 keluarga di kawasan itu terpaksa mendapatkan keperluan bekalan makanan daripada agensi terbabit kerana kawasan itu dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. 

Penduduk terbabit dari Kampung Darau, Awek, Lepang Kejor dan Padang Baloh dikenakan PKPD bermula 14 hingga 27 Februari 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kampung-kampung terbabit.

Kesulitan penduduk mendapatkan bahan bekalan makanan turut mendapat perhatian Pejabat Ahli Parlimen Besut yang mengagihkan keperluan berkenaan menerusi MKN dan JKM.


Anggota RELA memunggah bungkusan makanan ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan PKPD


Datuk Seri Idris Jusoh


Pengagihan bahan basah termasuk ayam, ikan, telor, nanas, tembikai dan barangan kering disediakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Besut kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD itu. 

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sukarelawan pejabat itu sudah mengagihkan bekalan terbabit kepada Jawatankuasa COVID-19 peringkat daerah Besut pada Jumaat 19 Februari 2021.

Katanya, pihaknya terpaksa menyalurkan bantuan kepada jawatankuasa itu kerana pihak berkuasa tidak membenarkan agensi lain masuk ke kawasan yang dikenakan PKPD.

“Alhamdulillah bekalan bahan basah tersebut sudah sampai kepada semua penduduk yang terjejas,” katanya.

Idris yang juga Pengerusi FELDA berkata, beliau akan berusaha untuk menyalurkan bantuan dari semasa ke semasa bagi mempastikan bekalan makanan tidak terputus kerana sebahagian penduduk adalah golongan petani. - KitaReporters


Nanas antara bahan basah yang disediakan kepada penduduk

4
0
0
1
1
You will be interested