Insan & Komuniti 02 Jul, 2021

Ibu! Ibu pergi mana? Sayu lihat kanak-kanak ini cari ibunya! Dah 2 bulan tak pulang kerana PKP!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Ramai antara kita yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menjenguk atau melawat keluarga tercinta dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang membuatkan kita tidak boleh merentas negeri.

Ini amat menyedihkan buat semua orang lagi-lagi apabila si anak yang sudah lama tidak dapat bertemu dengan ibu atau ayah atas urusan kerja di tempat yang berbeza.

Tular video seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dikongsikan oleh ibunya, Afiqqah Sani dalam Facebook sangat sedih merinduinya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PJJ


Kata Afiqqah, seorang pasangan PJJ (pasangan jarak jauh), hampir 2 bulan si anak tidak berjumpa dengannya dan bertanya kepada ayahnya ke mana ibu pergi.

Ibu... Ibu pergi mana?

Kerana terlalu merindui si ibu, kanak-kanak ini cuba mengelak pandang muka ibu semasa sedang video call.



Tetapi tangisan kanak-kanak ini semakin kuat oleh kerana tidak dapat berjumpa dengan si ibu.

Wanita berkenaan faham yang larangan rentas negeri ini adalah untuk kebaikan rakyat demi mengurangkan jangkitan Covid-19, tetapi dia juga berharap agar syarat rentas negeri ini diperhalusi untuk pasangan PJJ seperti mereka.

Reaksi netizen yang melihat video ini merasakan sangat sebak dan juga sedih kerana kanak-kanak ini sangat merindui si ibu yang sudah lama tidak pulang dan bermanja dengannya.




Pasti ramai antara kita yang terkesan disebabkan wabak Covid-19 ini. Ada antara kita yang sudah lama tidak pulang ke kampung melawat ibu dan ayah, suami isteri yang terpaksa berhubung secara jarak jauh, anak tak dapat bertemu dengan ibu atau ayah.

Semoga kes Covid-19 menurun agar kita dapat hidup seperti dahulu lagi. - KitaReporters


0
0
2
0
0
You will be interested