KERANA hendak wang seorang wanita di Hertfordshire, London sanggup mengaku dirinya lumpuh dan terlantar selain memerlukan penjagaan intensif semata-mata mahu mendapat peruntukan kewangan yang disediakan bagi individu yang tidak sihat di negara itu.
Sepanjang menipu selama 13 tahun dari tahun 2005 sehingga 2018, Frances Noble memperoleh lebih 600,000 pound (RM3.25 juta) dari Majlis Perbandaran Hertfodshire untuk menyediakan pakej penjagaan warga emas terlantar.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penipuan
Namun duit yang diterima itu digunakan untuk berjoli dan ‘menghantar’ kepada anak perempuan, Laura Borrell, dan menantunya, Phillip Borrell, bagi menikmati percutian mewah di beberapa negara termasuk Kanada, San Francisco, Boston dan Orlando.
Sepanjang tahun 13 tahun menipu, Noble telah meyakinkan pihak berkuasa keadaan dirinya berada dalam keadaan serius dan memerlukan penjagaan intensif sepanjang masa di rumahnya di Datchwort berhampiran, Hertfordshire.
Namun seperti kata pepatah, sepanda-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah jua… penipuan wanita berusia 66 tahun disedari jirannya yang melihat dia bersiar-siar bersama anjing kesayangan pada awal pagi.
Aktiviti berkenaan dirakam jirannya yang melihat dia bersiar-siar dalam keadaan sihat sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Frances Noble dan anak perempuannya.
Namun apabila jirannya menegur wanita warga emas itu menutup pelitup mukanya dan cuba menafikan dirinya dan mengaku sebagai pembantunya.
Wanita warga emas itu kemudian melarikan diri ke Berlin untuk tinggal bersama anak pada tahun 2019.
Malah dia juga tidak hadir perbicaraan kerana dituduh menipu pihak berkuasa bagi memperdayakan mengeluarkan belanja yang besar untuk membiayai keadaan yang lumpuh.
Bagaimanapun waran tangkap oleh Mahkamah St Albans Crown, London, telah dikeluarkan selepas mendapati dia menipu dan dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan.
Bukan itu sahaja anak dan menantunya juga turut dikenakan hukuman kerana bersubahat dengan ibunya yang langsung tidak memikirkan kesan.
Kini tiga beranak itu menerima padah akibat perbuatan mereka sendiri. - KitaReporters
Anak perempuan Fances Noble, Laura Borrell dan menantunya, Phillip Borrell