MENGENANGKAN akrab hubungan adik beradik masa alam kanak-kanak pasti menyeronokkan, ada sahaja kenangan manis untuk diingat malah momen gaduh-gaduh manja sesama sendiri pasti dikenang sampai bila-bila.
Namun apabila menginjak dewasa hubungan itu mungkin tidak lagi seerat kerana tidak lagi tinggal sebumbung berikutan masing-masing mempunyai kehidupan dan komitmen sendiri.
Namun hubungan tersebut ibarat air dicincang tidak akan putus, baik atau buruk itulah darah daging kita sendiri.
Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan pembunuhan
Berbeza kisah tragis di Baghdad, Iraq apabila seorang abang bertindak menembak mati saudara kandungnya sendiri angkara berang dengan perbuatan mangsa yang tidak memikirkan agama dan jangka masa panjang apabila melakukan pembedahan menukar jantina.
Gulf News melaporkan, Polis Dohuk di wilayah Kurdistan memaklumkan Doski Azad, seorang jurusolek muda dipercayai dibunuh oleh abangnya sendiri, Chakdar Azad.
Menyedihkan kejadian pertumpahan darah itu dipercayai berlaku berhampiran kampung Babukhkii selepas Doski memuat naik gambar ‘transformasinya’ dalam media sosial.
Menyedihkan kematian itu tidak disedari sehingga tiga hari dan hanya disedari selepas polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang abang mangsa.
Bagaimanapun sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara.
Terdahulu, ahli keluarga memarahi tindakan lelaki berusia 23 tahun dengan penampilan dan mahu menjadi wanita sebelum menyatakan keinginan hati untuk membuat pembedahan menukar jantina.
Namun itu kisah lima tahun dahulu dan bertindak meninggalkan kampung halaman dan berhijrah bandar raya.
Biarpun berjauahan dengan keluarga 'wanita jadian' itu masih lagi menerima ancaman itu walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang ‘wanita’ dan bekerja di sebuah salun di Baghdad.
Pengarah daerah Brendar Doski berkata, keluarga Doski sendiri yang memaklumkan mengenai pembunuhan mangsa.
Malah, mereka juga memberikan lokasi mayat Doski berada dan polis menemui mayat mangsa sebaik tiba di kampung berkenaan.
Semoga pertumpahan darah yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada kita.
Mungkin tidak salah kalau ahli keluarga Doski menggunakan pendekatan yang lebih lembut atau membawa Doski ke pusat kaunseling bagi menyedarkan perilaku yang silap.
Namun sayangnya semuanya sudah terlambat! Semoga jadi pengajaran kepada kita semua!. - KitaReporters