Insan & Komuniti 06 Apr, 2020

KAU BIKIN GEMPAQ BETUL DIK!! PUTUS CINTA JE!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GARA-GARA terlalu kecewa akibat putus cinta seorang remaja bertindak secara luar biasa dengan baring di tepi sawah padi bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya. Aduh dik!! Betul-betul menyebabkan suasana panik apatah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. : KitaReporters

PENDUDUK kampung terkejut melihat seorang remaja terbaring di tepi sawah sebelum bertindak menghubungi pasukan perubatan di Magetan, Jawa Timur, Indonesia, baru-baru ini. - Foto Ayojakarta.com


Memetik laporan Ayojakarta.com, kejadian itu bermula apabila penduduk kampung terkejut melihat remaja lelaki yang berusia 18 tahun itu yang sedang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti di tepi jalan sebelum terjatuh dan terbaring.

Keadaan itu mengundang kebimbangan orang kampung  dengan penularan pandemic COVID-19 sekali gus bertindak menghubungi pihak hospital kerana menyangka remaja berkenaan sudah dijangkiti virus COVID-19.

Kejadian tersebut menyebabkan sekumpulan pasukan perubatan yang lengkap dengan peralatan khas pencegahan COVID-19 termasuk pakaian perlindungan peribadi (PPE) bergegas ke lokasi berkenaan di Magetan, Jawa Timur, Indonesia.

Namun kelakarnya, belum sempat lagi petugas kesihatan membuat pemeriksaan remaja itu kemudian bangun menyebabkan semua terkejut.

Mungkin penduduk kampung merasakan pemuda berkenaan pengsan akibat positif COVID rupa-rupa dia kecewa akibat putus cinta.

Alahaiā€¦mesti kecoh sekampung!

Selepas pemeriksaan dilakukan, pemuda berkenaan mengaku terbaring dan bertindak demikian kerana terlalu kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan berikutan cintanya ditolak oleh si gadis.

Terdahulu, penduduk kampung berkata, mereka melihat remaja berkenaan menunggang motosikal sebelum dilihat terbaring di tepi sawah.

Pasti panik bagi yang menyaksikan kejadian itu jadi tidak mustahil orang kampung menghubungi pihak hospital.

Malah remaja berkenaan mengaku terlalu kecewa dengan apa yang berlaku terhadap dirinya sehingga lupa yang berlaku.

"Saya sangat sedih, hati saya sakit kerana masih sayang dia. 

"Tetapi tiba-tiba dia minta putus, saya tak boleh buat apa," kata lelaki itu yang kecewa selepas ditinggalkan teman wanitanya.

Malah petugas hospital sempat menasihati dan memujuk pemuda berkenaan dengan memberi kata-kata semangat sebelum beredar, manakala remaja berkenaan turut meninggalkan kawasan itu dengan motosikalnya. - KitaReporter

 

 

 

7
0
0
21
0
You will be interested