Insan & Komuniti 04 Jun, 2021

11 tahun hidup solo, gagal dapatkan calon suami! Karen ambil keputusan kahwini dirinya sendiri!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.

Karen bersama saudara-mara dan sahabat-sahabat meraikan ulang tahun ke-11 menjadi solo dengan mengahwini dirinya sendiri. - Kredit foto: Daily Star


Lumrahnya bagi manusia ingin hidup berpasangan. Namun bukan pelik kini apabila semakin ramai wanita atau lelaki tidak pernah merasai hidup berumah tangga sedangkan usia semakin meningkat

Sedangkan si wanita dan lelaki itu mempunyai harta dan berperawakan agak menarik. Malah sebahagiannya sudah menjalin hubungan dengan beberapa pasangan, namun tidak dapat dilanjutkan ke alam perkahwinan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yang pelik-pelik

Karen Reed meraikan perkahwinannya dengan dirinya sendiri baru-baru ini. - Kredit foto: Daily Starka


Lalu terdapat sejumlah individu melakukan perkara yang tidak diterima akal. Sebagai ganti ada yang sanggup berkahwin dengan binatang, kahwin dengan kaum sejenis dan ada yang berkahwin dengan diri sendiri.

Seorang wanita dari Wales bernama Karen Reed, 51, adalah antara insan yang tidak mendapat pasangan hidup walaupun usia terus meningkat.

Karen bersama bapanya. - Kredit foto: Wales Online


Karen akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan dirinya sendiri ketika usia memasuki 40 tahun pada 1 Mei 2010 lalu. 

Setelah usia kehidupan solonya memasuki tahun ke-11, Karen mengeluarkan perbelanjaan sebanyak  £800 (kira-kira RM4,700) untuk membuat majlis ulang tahun dan majlis perkahwinan yang dihadiri sejumlah kaum keluarga dan sahabat handai seramai 100 orang.

Dalam majlis itu Karen memakai gaun pengantin dan dirai oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.


Karen mengahwini dirinya sendiri kerana hendak merasai kehidupan berumah tangga. - Kredit foto: Daily Star

Meskipun Karen pernah menjalin hubungan dengan beberapa lelaki, namun tidak tidak ada ingin menlagkah ke perhubungan serius iaitu berkahwin.

Akibatnya Karen berasa lebih selesa hidup sendirian walaupun hatinya memberontak ingin punya pasangan.

“Justeru saya mengambil keputusan mengahwini diri sendiri walaupun ramai yang menganggap ia perkara gila", kata Karen kepada Daily Star. - KitaReporters


Kredit foto: Wales Online

0
0
1
1
2
You will be interested