Insan & Komuniti 17 Feb, 2021

Insentif bakul makanan rakyat Terengganu diagihkan! Penduduk DUN Kota Putera terima agihan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

 

Kenderaan pacuan empat roda berisi bungkusan makanan siap sedia menuju ke kampung dalam DUN Kota Putera, Besut. - Kredit gambar: FB YB Hj Khuz 


INSENTIF bakul makanan untuk rakyat Terengganu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang akan berakhir 18 Februari 2021 dan PKP Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa mulai 19 Februari 2021 di negeri ini sudah diagihkan kepada penduduk negeri itu.

Penduduk dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut juga tidak ketinggalan menikmati bekalan keperluan makanan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban penduduk.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan DUN Kota Putera:

https://kitareporters.com/search?search=Kota+Putera


Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengagihkan 500 bungkusan insentif bakul makanan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP 2.0 di kawasan itu. 

Katanya, penduduk tidak perlu datang mengambil barangan tersebut sebaliknya mereka hanaya  perlu tunggu di rumah masing-masing kerana ada sukarelawan khas yang akan menghantar sampai ke tangga rumah. 


Mohd Nurkhuzaini (tengah) membantu memunggah barang keperluan ke dalam kenderaan pacuan empat roda


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia & Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata, bagi memudahkan proses penghantaran ke rumah pihaknya memberi tanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). 


Mohd Nurkhuzaini menyerahkan barangan dapur kepada seorang penduduk DUN Kota Putera,Besut


Setiap JPKK diberikan sebanyak 100 bungkusan makanan untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang terjejas teruk berikutan PKPB,” katanya. 

Selain itu, beliau juga turut menziarahi beberapa keluarga yang sakit kronik bagi menyampaikan bantuan wang saku untuk meringankan beban keluarga mereka untuk pembelian ubat-ubatan. 

“Semoga dengan insentif bakul makanan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terlibat,” katanya. - KitaReporters


 

2
1
1
0
0
You will be interested