Insan & Komuniti 02 Jun, 2020

Kerana COVID-19! Choon Wei gembira berpuasa, beraya di UUM!!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

Pelajar Beh Choon Wei, 21, gembira dapat berpuasa dan beraya bersama rakan-rakan lain di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Pelajar program Sarjana Muda Perakaunan yang berasal dari Skudai Johor berkata, walaupun tidak dapat pulang ke kampung halamannya, namun keselamatan dan kebajikan di UUN Sintok ini lebih terjamin. : KitaReporters

Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Dr  Massudi Mahmuddin (kanan) bersama Beh Choon Wei.


"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan akibat wabak COVID-19, keselamatan dan kebajikan di universiti ini sentiasa dipantau dan diberi perhatian oleh pihak pengurusan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Choon Wei juga rasa bertuah kerana dapat meneruskan puasa sempena Ramadan yang masuk tahun kelima baginya.

“Saya telah berpuasa sejak tingkatan lima ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini (SMKMR), Skudai, Johor," jelasnya.

Berpuasa mengajarnya memahami erti kesusahan terutama bagi memperingati orang yang tidak bernasib baik dan menguatkan semangat untuk melawan nafsu terutama makan dan minum.

Beliau berkata, rakan-rakan tidak pernah memaksanya untuk berpuasa tetapi semua dibuat atas kerelaan hati sejak di bangku sekolah.

Beh Choon Wei (dua dari kanan) bersama rakan lain membantu menyediakan bahan untuk memasak.


Kem Komandan Muhammad Idzham Rosidi (dua dari kanan) bersama Beh Choon Wei.


Bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor ini juga gemar memakai baju Melayu setiap minggu ketika hadir ke kuliah.

Pada tahun ini, Choon Wei gembira kerana bukan sahaja dapat bersahur dan berbuka malah dapat membantu menyediakan juadah dan mengedarkannya kepada pelajar yang masih berada di kampus ini kerana wabak COVID-19.

Beh Choon Wei dua dari kanan ketika di Kolej Matrikulasi Johor


Sementara itu, rakannya, Farouk Baqi Zahid, 21, berkata, Choon Wei mudah mesra dan sentiasa ringan tulang untuk membantu mengagihkan makanan dan minuman ketika PKP ini.

"Kami juga gembira kerana dia sentiasa mengingatkan untuk mengejutkannya sewaktu bersahur dan berbuka bersama kami," katanya.

Manakala Kem Komandan yang menempatkan pelajar yang tidak pulang, Muhammad Idzham Rosidi, 22, berkata, Choon Wei yang gemar memakai baju kurta dan baju Melayu adalah antara sukarelawan dalam kalangan pelajar kampus ini sejak PKP diumumkan.

Mereka adalah antara lebih seribu pelajar kampus UUM ini yang tidak pulang beraya kerana zon merah dan sebagainya. - KitaReporters

Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar Dr Rajwani Md Zain (dua dari kiri) berbual dengan Beh Choon Wei.


Beh Choon Wei turut membantu menyiapkan sup daging untuk hidangan pelajar.

45
3
0
1
0
You will be interested