Insan & Komuniti 02 Jun, 2020

Premis dah tutup! Amaran bersurai diberi! Tapi masih degil!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Seperti sedia maklum, premis makanan termasuk restoran atau kedai mamak hanya boleh beroperasi dari pagi hingga jam 10 malam sahaja setiap hari dan selepas itu, mana-mana premis atau tempat perniagaan perlu ditutup malah orang ramai juga tidak dibenarkan untuk berkumpul mahupun melepak. Bila premis dah tutup, faham-faham sahajalah, maka silalah bersurai dan balik!! : KitaReporters


Jelaskan arahan dari kerajaan tu?? 

Kalau tak nak tahu, memang tak masuk akal kerana ia telah diberitahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa lagi sejak 4 Mei 2020.

Tetapi pelik betul dengan segelintir masyarakat ini yang masih degil dan ingkar pada arahan yang dikeluarkan. 

Tak kan mereka tak takut kena denda RM1000. Bukan sikit tu!!!! Banyak oiiiii!!!!

Mungkin selepas ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh naikkan lagi jumlah denda ini tambah sekali dengan package bermalam di 'hotel' penjara semalaman

Amaran dah bagi, bukan sekali tetapi tiga kali pihak polis tegur dan kerana terlalu degil serta sukar nak dengar arahan, polis terpaksa ambil tindakan dengan memberi kompaun RM1000 kepada mereka. 

Mereka ini dikompaun kerana masih lagi berkumpul dan bersembang santai tanpa rasa bersalah, meskipun premis makanan tersebut sudah tutup.

Kan tak pasal-pasal kena 'sedekahkan' RM1000 kepada kerajaan sebab degil sangat!!!


Atau mereka ini dari golongan orang berduit mungkin, sebab itu tak hairan sangat kalau setakat RM1,000 itu!!!!! 

Biasanya sejak PKPB  dilaksanakan, boleh dikatakan majoriti masyarakat mengalami masalah pendapatan bulanan kerana tidak dapat bekerja.

Malah lebih menyedihkan, ada pekerja yang dihentikan perkhidmatan mereka kerana masalah ekonomi yang dihadapi.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Persiaran Gurney, Pulau Pinang sekitar jam 11.30 malam pada Isnin, 1 Jun 2020. - KitaReporters

0
0
0
2
1
You will be interested