Insan & Komuniti 20 Mar, 2020

[VIDEO] AGONG PANDU SENDIRI, TINJAU SEKATAN

@wan noor hayati wan alias (allahyarham)
Memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Malaysia pada 2008 hingga 2013 sebelum meneruskan kerja di Berita Harian. Pernah menerima Anugerah Kajai pada 2014.

Share this
KEPRIHATINAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap segala situasi semasa rakyat dan negara tidak boleh dipertikaikan. : KitaReporters


Video ihsan dari APM


Bukan kali pertama, Yang di-Pertuan Agong mencemar duli menyantuni rakyat dalam banyak situasi seperti kemalangan, kenderaan rosak, sumbangan makan terhadap petugas media dan macam-macam lagi yang pernah ditularkan oleh rakyat sendiri.

Begitulah kasih sayang seorang raja terhadap rakyat dan negaranya, sehingga baginda sanggup mencemar duli melihat sendiri dan bertanya khabar.

Pada Jumaat, 20 Mac 2020, baginda memandu sendiri kenderaan Land Rover dengan ditemani anakandanya untuk meninjau beberapa lokasi di ibu negara selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid-19 yang mengorbankan dua nyawa dan peningkatan kes sehingga lebih 1,000 di negara ini.

Difahamkan antara lokasi ditinjau baginda adalah Jalan Semantan, Sri Hartamas, Loke Yew, Ampang, Jalan Bukit Bintang, Jalan TAR, Jalan Sultan Ismail dan KLCC.

Dua video tinjauan itu telah dimuat naik menerusi instagram Istana Negara.

 

YDPA meninjau sekatan polis di ibu negara. Foto oleh netizen


Menerusi salah satu video yang ditular netizen pula, baginda berkata kenderaan di jalan raya masih banyak dan ia petunjuk yang tidak baik serta berharap masyarakat memberi kerjasama mematuhi arahan PKP.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu atas keprihatian Al-Sultan Abdullah, dan tidak kurang juga yang terkejut melihat YDPA sangat merendah diri memandu sendiri kenderaannya.

Seorang netizen Lanzkristal meninggalkan komen, "Daulat Tuanku harap Tuanku memberi perutusan pula kepada rakyat kalau rakyat tidak ambil endah perutusan dari PM tempoh hari Ampun Tuanku."

Semoga rakyat Malaysia mengambil iktibar terhadap situasi semasa dan mematuhi arahan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri yang mahukan kesihatan terjamin dan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan. - KitaReporters




0
0
0
0
0
You will be interested