Insan & Komuniti 15 Apr, 2020

KITA DOAKAN!! ASHRAF MUSLIM POSITIF COVID-19

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PELAKON Ashraf Muslim akhirnya mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri diInverness, Scotland pada penghujung bulan Mac lalu. Pengakuan itu dibuat melalui laman Instagramnya. Menurut Ashraf, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ada hikmah di sebaliknya. : KitaReporters


Bercerita mengenai perasaannya ketika mendapat tahu dijangkiti virus berbahaya itu, Ashraf berkata dia pada mulanya sangat gementar dan pelbagai perasaan timbul apatah lagi setelah memasuki ambulans. 

“Assalamualaikum... Tanggal 12 hari bulan April 2020 menjadi jawapan bagi AM (Ashraf Muslim) tentang keputusan sample Covid-19. Ya, saya dijangkiti virus Covid-19

"Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya reda dengan pilihan Allah. Ada hikmah di sebaliknya. 

"Datang perasaan gementar dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulans,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ashraf juga memohon doa daripada orang ramai agar selamat daripada virus berkenaan.

“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua. Semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. 

"Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini,” luahnya.

Ashraf juga tidak melupakan jasa baik para pejuang barisan hadapan yang banyak membantu pesakit-pesakit Covid-19 termasuk dirinya.

Sementara itu, rakan-rakan artis turut mendoakan kesihatannya

Mereka berharap Ashraf tabah dan kuat menghadapi ujian.

Rakan-rakan artis turut mendoakan kesembuhan buat Ashraf.


Semoga Ashraf diberi kekuatan untuk melawan virus tersebut dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. 

Itulah penting kekal dududk di rumah untuk menghentikan rantaian virus Covid-19 ini. - KitaReporters

0
0
2
0
0
You will be interested