Insan & Komuniti 16 Sep, 2020

Bank Makanan di setiap Elewsmart! Jangan disalah guna - Ebit

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pengusaha dan tokoh amal, Ebit Lew, yang mewujudkan food bank atau bank makanan di setiap outlet Elewsmartnya, berharap pemberian amal itu tidak disalahgunakan oleh insan yang tidak jujur. "Yang perlu boleh ambil sahaja, free je," katanya. : KitaReporters

Ebit Lew memperlihatkan food bank di depan salah sebuah Elewsmart. 


Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Ia diberi hanya untuk golongan yang benar-benar memerlukan keperluan harian yang tidak mampu membeli di Elewsmart pada harga biasa.

Dalam postingan terbaharu Instagramnya, Ebit memperlihatkan bentuk bank makanan itu dengan tulisan ‘take what you need, give what you can’

Bank Makanan itu diletak di luar premis dengan diletakkan sejumlah barangan keperluan runcit setiap hari. Orang ramai yang berkeperluan boleh mengambil barangan tersebut ikut keperluan sekeluarga.

Ebit Lew di depan salah satu premis ElewsMart. - Kredit foto: IG ebitlew


Elewsmart kini mempunyai 10 outlet di Lembah Klang dan bakal mempunyai 40 outlet dI seluruh negara menjelang akhir tahun ini apabila 30 lagi outlet bakal dibuka tidak lama lagi. 

Selain peti Bank Makanan itu, setiap outlet juga akan mempunyai badan amal ‘angkat’ yang dijaga kebajikannya.

Penubuhan bank makanan ini adalah inspirasi Ebit Lew berdasar pengalamannya yang pernah hidup susah dahulu dan impiannya untuk membantu seramai mungkin orang yang memerlukan tanpa mengira kaum  dan agama. - KitaReporters

@ebitlew :  Doakan yer...FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.

Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya - ebitlew

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

FoodBank

Take What You Need

Give What You Can


1
0
0
0
0
You will be interested