Insan & Komuniti 12 Jun, 2022

Piala Asia 2023: Malaysia pilih jalan sukar! Silap strategi ke? Kenapa pemain terbaik tak bermain?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



KEKALAHAN kepada Bahrain harus dipersalahkan diri sendiri apabila kita gagal memanfaatkan deretan peluang serta strategi kurang daripada team Malaysia sendiri menjadi antara punca utama Malaysia gagal meraih mata.

Dalam perlawanan menentang Bahrain, ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melakukan rombakan kesebelasan utama dan ia satu strategi untuk mengutip mata dalam perlawanan tersebut.

Biarpun menukar sebahagian besar pemain utama, ternyata pasukan Malaysia tetap bermain secara menyerang tanpa main bertahan. Menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri, Malaysia mengawal sebahagian besar perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Bahrain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Asia 2023


Deretan demi deretan peluang terhidang namum barisan hadapan masih gagal terjermahkan dalam bentuk jaringan.

Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi Akhyar Rashid namun penjaga gol Bahrain lebih bersedia untuk menafikan peluang tersebut.

Malaysia terus mengatur serangan dari pelbagai arah dalam usaha mencari gol awal namun barisan pertahanan Bahrain masih ampuh bertahan.

Bermula separuh masa kedua, Malaysia terus melancarkan serangan dari pelbagai sudut untuk mencari pembukaan.

Usaha keras pemain pemain ternyata membuahkan hasil apabila Muhamadou Sumareh membuka tirai jaringan pada minit ke-55 apabila menfaatkan hantaran cantik daripada pertahanan Malaysia. 



Namun jaringan itu hanya bertahan seketika sahaja apabila pemain Bahrain, Ali Haram menyamakan kedudukan hasil kesilapan pemain Malaysia.

Malaysia susun kembali rentak serangan tapi bahagian serangan tetap gagal memanfaatkan deretan peluang.

Melalui serangan balas, Bahrain berjaya mendapat penalti dan Abdullah Yusof Helal tidak mempersiakan peluang tersebut untuk meletakkan Bahrain di hadapan.

Kekalahan ini Malaysia ini sepatutnya tidak terjadi dek kerana Malaysia mengawal perlawanan sepenuhnya.



Percaturan kurang bijak Kim Pan-gon dalam perlawanan ini juga antara punca mengapa Malaysia gagal mengutip sebarang mata.

Kemasukan de Paula pada awal separuh masa kedua juga menjadi persoalan dek kerana prestasi pemain ini sangat teruk dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pemain terbaik pada perlawanan pertama, Faisal Halim tidak diturunkan juga menjadi tanda tanya apakah pemain ini cedera atau percaturan telah makan diri?

Apa pun, Malaysia wajib menang dalam perlawanan terakhir dengan berharap perlawanan kumpulan lain memihak pasukan Malaysia.

Laluan sukar dipilih oleh Malaysia dan terpaksa melalui detik getir ini kerana kita mempunyai peluang cukup tinggi tapi disebabkan kesilapan sendiri telah menyebabkan kita memilih untuk layak lebih awal. - KitaReporters


12
11
0
13
0
You will be interested