Insan & Komuniti 15 Mar, 2022

Habis musnah! Impian pengantin baharu bersanding di hotel! Lokasi tempat kahwin tutup operasi!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


IMPIAN sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai yang berlangsung dengan penuh meriah di sebuah hotel di Park Charnock Richard, Lancashire di England musnah apabila tempahan yang dibuat dibatalkan ekoran penutupan operasi hotel berkenaan.

Lebih menyedihkan pembatalan lokasi perkahwinan itu dibuat menerusi media sosial, Facebook dan bukannya melalui telefon atau bersemuka.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


Jade White dari Atherton, Greater Manchester berkata, dia bersama kekasihnya, Adam Flitcroft membuat tempahan untuk lokasi majlis perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu.

Namun disebabkan COVID-19, majlis mereka ditangguhkan sehingga keadaan semakin baik, pasangan itu kembali merancang untuk melangsungkan majlis istimewa berkenaan.

Kongsinya, majlis asal perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung 4 Julai 2020 namun disebabkan kehadiran 'tetamu tidak diundang' itu semua perancangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sebelum menetapkan pada 23 Julai 2021.


Hotel Best Western Chorley Park Hall di Charnock Richard, Lancashire, England.


Bagaimanapun, pada bulan Februari lalu pihak pengurusan hotel meminta untuk mereka berdua memuktamadkan tarikh perkahwinan yang baharu pada tahun ini.

Namun sangat mengejutkan apabila dimaklumkan oleh jurusoleknya yang mengunjungi laman Facebook hotel tersebut dan menyedari terdapat pengumuman mengenai operasi hotel tersebut akan ditutup sekali gus akan menyebabkan majlis perkahwinan mereka juga turut dibatalkan.

Menyedari impiannya musnah White hanya menangis sepanjang hari tanpa memberitahu perkara sebenar kepada kekasihnya. Malah keadaan itu memaksa ayahnya yang memberitahu kejadian sebenar kepada tunangnya, Flicoft.



Kini pasangan tersebut buntu memandangkan semua persiapan untuk majlis istimewa itu sudah selesai disiapkan. Malah jemputan juga bersedia untuk menghadiri bagi meraikan hari bahagia mereka.

Lebih merisaukan White dan Flicroft, sama ada bayaran deposit yang dibayar kepada hotel tersebut sebanyak  4,250 pound (RM23, 316) boleh dipulangkan semula atau hangus.

Kini pasangan tersebut buntu memikirkan perjalanan majlis perkahwinan mereka memandangkan segala persiapan seperti, gaun pengantin, cincin, kek dan jemputan sudah siap dilakukan. - KitaReporters


Hotel Best Western Chorley Park Hall di Charnock Richard, Lancashire, England.

8
13
2
16
0
You will be interested