NIATNYA sekadar mahu bergambar untuk dimasukkan dalam aplikasi TikTok untuk tujuan menghiburkan namun siapa sangka niat murni itu bertukar menjadi tragedi apabila seorang remaja berusia 15 tahun tertembak dirinya sendiri.
Remaja Mexico itu maut selepas tertembak dirinya sendiri ketika cuba merakam video aksinya memegang sepucuk submesingan untuk dimuat naik ke dalam laman TikTok.
Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan tembakan
Memetik laporan The Sun, mangsa yang dikenali sebagai Yazmin Esmeralda, dikatakan berada di rumah neneknya di Sinaloa.
Namun ketika di rumah neneknya, remaja berkenaan teruja selepas terjumpa sepucuk submesingan Uzi 9 milimeter di bawah almari di dalam sebuah bilik di kediaman neneknya.
Mungkin teruja menemukan mesingan tersebut dia berhasrat untuk berkongsi pengalaman tersebut bersama peminat dalam TikTok.
Malah, Yazmin dikatakan meminta bantuan seorang saudara lelakinya untuk merakam aksinya memegang senjata api itu bagi dimuat naik dalam TikTok.
Bagaimanapun, senjata api itu secara tiba-tiba berfungsi dan menyebabkan tembakan mengenai mangsa, sekali gus episod berdarah berlaku serta-merta.
Ibunya yang bersama neneknya mendengar bunyi tembakan kuat dari arah bilik sebelum bergegas ke bilik tersebut dan menemui Yazmin berlumuran darah. Ibunya terus menghubungi ambulans untuk dapatkan rawatan di hospital.
Namun remaja yang juga selebriti media sosial tersebut disahkan meninggal dunia sebelum dapatkan rawatan.
itulah dinamakan ajal... Siapa sangka niatnya sekadar suka-suka bertukar menjadi tragedi yang meragut nyawa sendiri.
Semestinya neneknya merasa bersalah kerana menyimpan senjata bahaya di kedimannya. - KitaReporters