MASYARAKAT di negara ini sememangnya suka tolong-menolong dan prihatin sekiranya ada insan yang tidak berkemampuan perlukan bantuan. Tanggungjawab yang sama juga dilaksanakan oleh kerajaan apabila menyediakan pelbagai inisiatif bantuan untuk mereka yang kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal secara saksama dan inklusif berasaskan seruan negara rahmah. : KitaReporters
Adicky Dzuliana Ab Rahman bersama anak-anaknya (tidak kelihatan dalam gambar seorang lagi sedang tidur) yang menginap di rumah sewa bernombor No. 20, Lorong Gemilang Dua, Taman Gemilang, Jerantut, Pahang. - Foto disiarkan dengan izin Adicky Dzuliana
Lagi kisah-kisah berkaitan ibu tunggal:
https://kitareporters.com/search?search=ibu+tunggal
Bagi seorang ibu tunggal Adicky Dzuliana Ab Rahman, 37, bersama tujuh orang anak lelakinya berusia di antara 12 tahun hingga enam bulan yang 'meratap' kesusahan tanpa wang belanja keperluan dapur, sewa dan sebagainya kini nasib mereka sudah menerima pembelaan.
Ibu tunggal itu sebelum ini menetap di Kampung Melayu, Kepong tetapi berpindah ke Jerantut selepas kematian suaminya, Norhisam Adun pada bulan Februari 2020 dan mula menjalani kesukaran hidup apabila ketiadaan belanja keperluan dapur, sewa rumah malahan empat orang anaknya masih belum bersekolah.
Kisah kesusahan Adicky Dzuliana pernah disiarkan dalam portal kitaReporters dan kemudiannya rumah sewa keluarga itu di No 20, Lorong Gemilang 2, Taman Gemilang, bandar Jerantut mula dikunjungi orang perseorangan dan pertubuhan amal untuk membantu.
Tolong kami: https://kitareporters.com/insan/xkazpYmrdJ
Selepas diziarahi pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 9 November 2020 untuk menyantuni bantuan yang sewajarnya termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum ini sudahpun meluluskan bantuan bulanan, kini beberapa pertubuhan amal telah menyusul membuat kunjungan ke rumah keluarga tersebut.
Kredit foto: FB Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
Pegawai MUIP bertanyakan maklumat keluarga dengan Adicky Dzuliana Ab Rahman (duduk, kanan) di Taman Gemilang, Jerantut pada 9 November 2020. - Kredit foto: FB MUIP
Antaranya, Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (PKASM) yang turut terpanggil dan endah dengan kesusahan Adicky Dzuliana apabila mengadakan ziarah dan memberikan sumbangan keperluan dapur dan wang tunai pada 10 November 2020.
Pengerusi PKASM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, ahli pertubuhan cawangan Jerantut turun berziarah setelah terbaca dalam laporan dalam portal Kitarepoters dan kemudiannya menghubungi Mojo portal itu untuk melihat kesusahan ibu tunggal tersebut.
MOHD NOR IZZAT MOHD JOHARI
"Kita terpanggil berasaskan nilai kemanusiaan untuk membantu kesusahan keluarga ini dengan menyediakan bantuan keperluan dapur bernilai RM300, membayar bil elektrik bulan ini dan wang tunai untuk keselesaan serta meringankan sedikit beban perbelanjaan harian mereka," katanya kepada penulis di Taman Gemilang, Jerantut.
Mohd Nor Izzat berkata, pertubuhan itu bersedia membantu Adicky Dzuliana bagi menjalankan perniagaan makanan kering termasuk kuih-muih di rumah di samping juga pemasaran menerusi bantuan rakan niaga lain di daerah ini dan luar.
"Kita sedia maklum dia (Adicky Dzuliana) tidak mampu keluar bekerja lantaran anak-anaknya yang masih kecil perlu dijaga sepenuhnya, jadi saya akan berbincang dengan rakan usahawan makanan untuk membantu ibu tunggal membuat (menyediakan produk) makanan tertentu, yang mudah serta mampu dipasarkan di luar dengan bantuan rakan," katanya.
"PKASM juga akan membantu anak-anak Puan Adicky Dzuliana membuat persiapan masuk sekolah nanti dan dia boleh menghubungi wakil pertubuhan ini di sini sekiranya menghadapi masalah tertentu," ujarnya.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari (kiri) menyampaikan bantuan barang keperluan dapur dan wang tunai sumbangan
Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia kepada Adicky Dzuliana Ab Rahman (tengah).
Sementara itu, keluarga tersebut juga mendapat perhatian daripada Ketua Wanita UMNO Jerantut, Datuk Siti Hajar Mubin apabila turut berziarah dan menyampaikan sumbangan pada 9 November 2020.
Siti Hajar yang juga Ketua Wanita UMNO Pahang berkata, beliau mewakili pergerakan wanita itu menyampaikan sumbangan keperluan dapur, lampin pakai buang dan wang tunai untuk Adicky Dzuliana menyediakan juadah makanan anaknya dan berbelanja perkara yang sepatutnya.
"Kita (Wanita UMNO) bersimpati dengan nasib keluarga ini dan memohon supaya tabah menghadapi ujian ini sambil berharap ada pihak tertentu termasuk dermawan dapat membantu meringankan beban keluarga ini dan persekolahan anaknya.
"Harapan saya juga supaya Adicky Dzuliana dapat menguruskan anak-anaknya ke sekolah pada tahun depan untuk menerima pendidikan formal serta pendidikan agama bagi jaminan kehidupan yang sempurna pada masa akan datang," ujarnya.
Siti Hajar Mubin (kiri) sambil memangku anak bongsu Adicky Dzuliana, Mohd Ramadan ketika menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur dan wang tunai kepada ibu tunggal tersebut pada 9 November 2020. - Kredit foto: Siti Hajar Mubin
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah bolehlah menghubungi Adicky Dzuliana Ab Rahman menerusi talian 017 3137935 atau terus menyumbang ke akaun Bank Islam (Adicky Dzuliana) bernombor 12-225-02-041131-9. - KitaReporters