GARA-GARA tindakan pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Cik Non menghina rupa paras perempuan-perempuan di Sabah berkaitan perkembangan terkini pandemik COVID-19, sumandak (wanita) Sabah melakukan cabaran atau ‘challenge’ Sumandak Sabah vs Cik Non. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Sabah:
https://kitareporters.com/search?search=sabah
Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah memuat naik status dalam laman sosial Facebook miliknya yang bukan sekadar menghina rakyat Sabah sebagai penyebab penularan COVID-19, tetapi turut menyamakan muka perempuan Sabah seperti jamban (tandas) di rumahnya.
Bengang dengan penghinaan tersebut, wanita Sabah atau dipanggil sumandak terpanggil melakukan cabarab Sumandak Sabah vs Cik Non (#sumandaksabah_vs_ciknon_challenge) khususnya dalam Facebook bagi buktikan kepada Cik Non wajah mereka bukan seperti jamban.
Berdasarkan pemerhatian Mojo KitaReporters, kira-kira 31,000 ‘posting’ cabaran #sumandaksabah_vs_ciknon_challenge setakat jam 3.30 petang, 4 Oktober 2020 telah dimuat naik dalam Facebook. (https://www.facebook.com/hashtag/sumandaksabah_vs_ciknon_challenge)
#sumandaksabah_vs_ciknon_challenge telah dimuat naik lebih 31,000 orang dalam Facebook.
Tidak hanya disertai sumandak Sabah tetapi juga golongan lelaki yang turut ‘tercabar’ dengan kata-kata hinaan dilemparkan oleh Cik Non. Malah, gambar ‘challenge’ dimuat naik turut disertai pelbagai keterangan termasuk mengingatkan Cik Non agar jangan cabar kesabaran wanita Sabah.
Antaranya, Norimah Damrah yang berusia 50-an yang tidak ketinggalan sertai cabaran dan turut memaklumkan kes COVID-19 boleh berada di mana-mana sahaja bukan hanya di Sabah sahaja.
“COVID ada di mana-mana, tak kira Malaya, Sabah atau Sarawak. Jadi janganlah menghina,” antara petikan kenyataan dimuat naik Norimah Damrah dalam akaun Facebook miliknya.
Cabaran sumandaksabah_vs_ciknon_challenge turut disertai Norsimah Damrah.
Bagi Nadzratul Farahin Chin, ‘I gambar dalam jamban lagi Cik Non, perempuan-perempuan Sabahan kan macam rupa jamban,” tulisnya.
Rain James Jaimis, “Cik Non saya ini mama anak tiga, kita sama-sama juga mama,” katanya.
Sementara itu, untuk maklumat, pihak polis telahpun membuka kertas siasatan ke atas Cik Non susulan kenyataan dimuat naiknya dalam Facebook yang menhina rakyat Sabah.
Cik Non sebelum ini pernah cetuskan kontroversi dan mendapat kecaman nitizen apabila mempromosikan produk dengan cara keterlaluan bukan sahaja dari segi pakaian tetapi juga kata-kata.
Malah, tular dalam media sosial Cik Non bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dia dilarang memasuki sebuah pusat membeli-belah kerana tidak memakai pelitup muka. - KitaReporters