Lagi cerita-cerita berkaitan China:
https://kitareporters.com/search?search=china
Bagaimanapun seorang lelaki di China ini melakukan perkara yang di luar daripada kebiasaan untuk melamar.
Seperti yang ditonton dalam video, lelaki itu meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita yang sedang minum kopi bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli belah.
Yang menjadi perhatian para warganet adalah apa yang dibawa lelaki tersebut ketika berlutut dan menyatakan cintanya. Dia membawa sesisir pisang yang dihias.
"Aku membawakanmu hadiah yang sangat istimewa, dan aku ingin mengakui di hadapan semua orang, bahawa aku telah lama meminatimu. Aku tahu kamu suka makan pisang, jadi aku membuat ini khusus untukmu," kata si lelaki.
Sayangnya walaupun telah bersusah payah membuat hadiah tersebut untuk pujaan hatinya, si wanita menolak. Si lelaki terus cuba mendapatkan persetujuan si wanita. Bahkan dia sampai membuat perangai dengan merajuk di lantai seperti kanak-kanak dan membuat si wanita itu semakin malu.
"Saya tidak akan bangun! Tidak, sampai kamu mengatakan kamu mencintaiku!" kata si lelaki.
Video tular itu pertama kali dimuat naik melalui DouYin iaitu aplikasi rakan TikTok China. Setelah video itu tular, si lelaki itu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa dia memang merancang perkara itu.
Menurut mereka, lelaki itu telah mempermalukan si wanita dan tidak perlu dilakukan oleh seorang lelaki yang bermaruah. - KitaReporters