Insan & Komuniti 29 Nov, 2020

Video| Bermotor 12 jam dari Skudai ke Sintok! Sebab Internet

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

PELAJAR Universiti Utara Malaysia (UUM), Arvintran Ravindaran, 22, bermotosikal selama 12 jam dari Skudai, Johor ke Sintok Kedah. Anak sulung dari dari tiga beradik ini memilih untuk pulang ke kampus kerana mengalami gangguan internet ketika mengikuti kuliahnya di rumah. : KitaReporters 


Arvintran Ravindaran bermotosikal selama 12 jam dari Skudai, Johor ke Sintok Kedah.



Lagi kisah-kisah berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


"Saya mengambil keputusan pulang ke universiti ini untuk mengikuti pengajian di sini terutama pada tahun akhir ini," ujarnya ketika ditemui.

Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ini berharap dapat mencapai keputusan cemerlang dengan Gred Kumulatif CGPA 4.0 sama seperti yang dicapainya pada semester lalu. 

Arvintran ketika berkongsi pengalamannya bermotosikal selama 12 jam itu berkata, dia terpaksa bertolak pada sebelah malam dari rumahnya di Skudai Johor bagi mengelakkan enjinnya panas.

Sepanjang perjalanan itu dia sempat berehat di beberapa tempat dan terpaksa meneruskan perjalanan walaupun cuaca sejuk pada waktu malam. 


Arvintran Ravindaran (kanan sekali) lapor diri ke Inapan Siswa Grantt UUM.


"Saya terpaksa pulang ke rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) lalu bagi membantu adik perempuan yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ibu saya yang bekerja di Singapura tidak dapat balik," katanya lagi.

Arvintran yang bertindak sebagai ketua keluarga itu juga terpaksa memikirkan dirinya pada tahun akhir pengajian dan mengambil keputusan pulang ke UUM dengan menaiki motosikal disebabkan masa terlalu singkat untuk pembelian tiket bas atau kereta api.

Pelajar ini akhirnya sampai ke kampus pada jam 11.00 pagi dan menjalani urusan pendaftaran dan ujian saringan sebelum ditempatkan di Inapan Grantt UUM. - KitaReporters


 

Pelajar semester akhir Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan gembira dapat akses internet di kampus UUM.

1
1
0
1
0
You will be interested