SEORANG senator Argentina telah mencadangkan supaya gambar mendiang bintang bola sepak dunia Diego Maradona dicetak pada wang kertas baharu. Senator Norma Durango mencadangkan satu rang undang-undang (RUU) kepada Kongres Argentina untuk membenarkan gambar mendiang dicetak di atas wang kertas 1,000 peso iaitu nilai tertinggi mata wang negara berkenaan. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Maradona:
https://kitareporters.com/search?search=Maradona
Maradona merupakan seorang legenda yang berjaya membawa pasukan Argentina ke gelaran Piala Dunia pada tahun 1986, dilaporkan telah meninggal dua pada 25 November 2020, pada usia 60 tahun.
Menurut laporan AlJazeera, Senator berkenaan mencadangkan pada Isnin, 7 Disember 2020 agar wajah Maradona ditampilkan pada satu sisi di atas wang kertas berkenaan, dengan di sisi sebaliknya masih mengekalkan ikon-ikon menarik dan terkenal bagi negara berkenaan.
RUU itu menunjukkan bahawa "patung Diego Armando Maradona perlu berada di satu sisi dan gambar detik jaringan gol kedua menentang England yang dijaringkan di Mexico, pada 22 Jun 1986, diletak di sisi lain," lapor akhbar La NaciĆ³n.
"Ideanya bukan hanya untuk mengenali idola terpenting kita, tetapi juga memikirkan persoalan ekonomi.
"Kami merasakan bahawa apabila pelancong datang ke sini, mereka ingin membawa 'Maradona' pergi bersama mereka," kata Cik Durango.
Sehingga ke saat ini, dunia masih mengingati dua jaringan gol Maradona yang paling terkenal dijaringkan pada suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England.
Pemain itu menjadi kapten ketika Argentina memenangi kejohanan itu, menjaringkan gol pertama "Tangan Ajaib" (Hand of God) melawan England pada suku akhir.
Cadangan Cik Durango itu akan dimuktamatkan melalui keputusan akhir oleh penggubal undang-undang, sebelum ia dipersetujui untuk digunakan.
Legenda bola sepak berusia 60 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya dan pernah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan untuk Argentina, mewakili mereka dalam empat siri Piala Dunia. - KitaReporters