Insan & Komuniti 14 Aug, 2021

Hamil anak luar nikah! Doktor muda bertindak bakar bengkel kekasihnya! Ibu, bapa, kekasih maut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BENGKEL motosikal yang dibakar oleh MM di Cemara Raya, Cibodasari, Kota Tangerang, Banten. - Kredit foto: Tribunnews.com


"SEDIKIT pun tidak aku menyangka janji-janji manis yang dimenterai tanpa disaksikan oleh bulan serta bintang berakhir dengan penipuan. Kau pasti tersenyum apa yang kau hajati selama ini daripada aku telah kau perolehi segalanya. 

"Aku jugalah yang menanggong malu dan sengsara akibat perbuatan dirimu yang akhirnya kau begitu mudah melupakan aku."


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kekasih

MM, seorang doktor, didakwa membakar bengkel kekasihnya dan menyebabkan kekasihnya serta kedua-dua ibu bapa mangsa mati dalam kebakaran pada 7 Ogos 2021. - Kredit foto: Tempo.co


Begitulah nasib malang yang dialami seorang doktor muda cantik yang dibayangkan jiwanya merana serta merintih setiap hari akibat wanita itu dipercayai kini mengandung lima bulan lantaran terlanjur melakukan hubungan intim bersama kekasih hatinya yang tidak bertanggungjawab atas perbuatannya.

Akibatnya, doktor muda itu yang bernama MM berusia 30 tahun bertugas di salah sebuah hospital di Kota Tengerang telah nekad membakar sebuah bengkel motosikal milik bekas kekasihnya, Lionardi Syahputera (LS), 35, di Cemara Raya, Cibodasari, Kota Tangerang, Banten, di Jawa, Indonesia sehingga hangus bengkel itu.


DI DALAM bengkel ini LS turut terbunuh bersama kedua-dua ibu bapa mangsa selepas dibakar oleh MM dalam kejadian pada awal pagi, 7 Ogos 2021 lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dipetik daripada laporan Tempo.co pada 12 Ogos 2021 berkata kejadian itu berlaku awal pagi pada 7 Ogos 2021 lalu menyebabkan tiga beranak termasuk LS dan kedua-dua ibu bapanya iaitu Edi, 66, dan Lilis, 55, mati hangus selepas MM mencucuh bengkel berkenaan dengan menggunakan minyak petrol.

Manakala dua adik LS iaitu Siska, 22, dan Nando, 20, terselamat dalam kebakaran itu dan hanya mengalami melecur pada badan dan kini sedang dirawat di hospital.

Ketika itu, kesemua mangsa terbabit tidur nyenyak di tingkat atas selepas api yang dibakar di bengkel motosikal yang berada di tingkat bawah itu merebak ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidur mangsa-mangsa terbabit. 


Kredit Foto: Tribunnews.com


Selain marahkan LS, MM bertindak sedemikian juga kerana marah kepada kedua-dua ibu bapa kekasihnya yang tidak merestui perkahwinannya bersama LS. 

Ketua Polis Daerah Jatiuwung, Komisaris (Pesuruhjaya) Zazali Haryono  berkata hasil siasatan polis mendapati wanita muda itu nekad membakar bengkel bekas kekasihnya yang turut mati dalam kebakaran tersebut  kerana sakit hati dan berdendam pada mangsa dan kedua-dua orang tua mangsa.

Akibatnya suspek merasakan dirinya dipermainkan oleh kekasihnya yang tidak bertanggungjawab terhadap maruahnya yang sudah mengandung anak luar nikah kekasihnya itu.


ANGGOTA polis sedang menjalankan siasatan ke atas bengkel motosikal tersebut.- Kredit Foto : Tribunnews.com


Zazali berkata, suspek telah membeli sembilan liter minyak petrol di sebuah kedai untuk tujuan itu  tetapi MM hanya menggunakan empat liter sahaja bagi membakar bengkel mangsa dan yang selebihnya disimpan di keretanya.

Sebelum kejadian tersebut, suspek dikatakan telah berjumpa dengan LS pada pukul 11 malam (7 Ogos 2021) untuk berbincang tentang masalah mereka tetapi gagal mencapai jalan penyelesaian.


 


Doktor muda itu juga memberitahu kepada LS, jika dia tidak menyelesaikan masalah anak yang dikandung hasil hubungan mereka berdua itu secara elok, MM akan bertindak membakar bengkel motosikal mangsa.

``Sekarang doktor muda itu telah ditahan polis dan suspek jika didapati bersalah berkemungkinan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup di bawah Pasal 340  Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP).

``Polis juga akan menjalankan siasatan kandungan anak luar nikah dari MM itu,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews.com

2
3
1
5
5
You will be interested