KEDUDUKAN bandar Nellore, Andhra Pradesh, dalam peta India. - Kredit WUR
Seorang lelaki mendakwa isterinya bermain kayu tiga dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Akibatnya pertengkaran hebat tercetus sehingga si isteri tertekan dan mengugut untuk menggantung diri dari kipas siling rumah mereka.
Namun si suami, Penchalaiah, 38, bukan bimbang dengan ugutan isteri, Kondamma, 31, sebaliknya menghasut dia membunuh diri! Malah dia bertindak merakamkan perbuatan isterinya melalui telefon bimbit.
Memetik laporan The Times of India, kejadian berlaku di Atmakuru, daerah Nellore, Andhra Pradesh, India pada 24 September, dan hanya dilaporkan oleh akhbar beberapa hari kemudian.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan bunuh diri
Laporan menyebut, Penchalaiah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM). Dia telah berkahwin dengan Kondamma selama 13 tahun dan mempunyai dua orang anak.
Perkahwinan mereka bahagia sehingglah Penchalaiah menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit. Ini menyebabkan si isteri mengugut akan membunuh diri.
Penchalaiah memberitahu isterinya dia tidak akan menghalangnya mengambil nyawa sendiri. Malah dia memberitahu akan merakamkan setiap detik dilalui isterinya dalam proses mencabut nyawa dan menghantarnya kepada kaum keluarga.
Penchalaiah merakamkan setiap langkah isterinya untuk menggantung diri bagaikan sebuah drama. Dari mula si isteri mengikat sari ke kipas sehinggalah dia tergantung menemui ajal di hadapan Penchalaiah dan anak-anak mereka.
GAMBAR hiasan... Wanita yang membunuh diri di Norello menggantung diri dari kipas sililing menggunakan sari seperti ini. Suaminya pula hanya merakamkan kejadian tersebut. - Kredit foto: Hidustan Times.
Dalam video yang dihantar kepada saudara mara itu menampakkan si isteri seperti cuba mengharapkan suaminya menghalang dia mengambil nyawa. Ketika itu dia dilihat sudah mencungap akibat tercekik lantaran jerutan sari.
Namun
Penchalaiah bukan hendak menghalang isteriya. Dia tidak pedulikan isterinya
dalam kesakitan. Sebaliknya dia meneruskan rakaman tanpa rasa bersalah atau
simpati kepada isteri sendiri.
Selepas Kondamma tergantung mati, Penchalaiah menghantar rakaman video itu kepada kepada kedua-dua ibu bapa isterinya.
Mereka sangat terkejut dengan kejadian tersebut dan sangat marah menantu mereka tidak menghalang isterinya membunuh diri, malah menggalakkan. Ekoran itu mereka segera membuat laporan polis.
Susulan laporan itu, polis menangkap Penchalaiah atas dakwaan bersubahat melakukan pembunuhan. Polis juga menemui rakaman berkenaan untuk dijadikan bukti. - KitaReporters