Insan & Komuniti 17 Jun, 2020

Henti buka aib si mati, balu waris! Henti sebar video rasuk!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

BARU-BARU ini telah tular video yang melibatkan seorang wanita disyaki dirasuk makhluk halus di sebuah hospital. Kejadian yang berlaku itu dikenal pasti di sebuah wad Unit Rawatan Rapi (ICU) namun dirahsiakan lokasinya. Berdasarkan rakaman tersebut wanita itu bertindak di luar jangkaan dengan perbuatannya yang luar biasa seperti menendang-nendang dan menyepahkan barang-barang hospital di sekitarnya. : KitaReporters

Gambar dari video rasuk yang tertular dalam media sosial


Justeru pelbagai respons dan andaian liar dilontarkan oleh netizen berdasarkan kefahaman dan sudut pandang sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku.

Pertama-tamanya penulis ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di atas kehilangan ahli keluarga yang tersayang beberapa hari yang lepas. 

Al-Fatihah!! (Dibaca)


Menurut sumber rapat, mangsa menghadapi tekanan atau depresi yang amat teruk (high depression) berikutan kematian suaminya yang dikatakan menghidap kanser paru-paru sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Terkini, pesakit yang terkelihatan terlantar uzur dan terbaring di katil hospital itu merupakan suami mangsa dan sudah menghembuskan nafas bertemu penciptanya. 

Jelas sumber itu lagi, pesakit yang meninggal dunia itu merupakan anggota polis dan wanita yang disyaki dirasuk tersebut merupakan isterinya iaitu balu arwah. 

Oleh kerana itu rakaman video tersebut kelihatan didatangi beberapa anggota yang merupakan rakan sejawatan si mati dan bukannya pesalah penjara yang perlu dalam jagaan dan kawalan rapi pihak berkuasa sebagaimana andaian netizen. 

Namun akibat daripada tertularnya video tersebut tanpa sekatan, ahli keluarganya telah memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk menghentikan penyebaran yang telah membuka aib keluarganya secara tidak langsung.

Malu sangat!! 

Rayuan waris mangsa berhubung tertularnya video rasuk tersebut


Pelbagai persepsi dan jangkaan meleset diwujudkan oleh netizen menyebabkan situasi serta kejadian asal telah merubah ke sudut 360 darjah bertentangan. 

Penulis juga difahamkan keluarga mangsa akan melaporkan kes penyebaran ini kepada pihak yang berwajib kepada sesiapa yang memanjangkan video tersebut tanpa henti.

Respons netizen memanjangkan rayuan waris dalam usaha menghentikan penyebaran video tersebut


Justeru, jadikanlah perkara yang berlaku sebagai ikhtibar dan pengajaran untuk kita bersiap sedia menentang kemungkaran si iblis dan dajjal perosak akidah dan keimanan.

Ya! Apatah lagi berdepan dengan ujian dan dugaan berat kehidupan seperti sakit dan kematian!

Allah maha berkuasa! Allah sebenarnya mahu menunjukkan kepada kita bahawa kesesatan iblis dan syaitan itu tidak terhad pada bentuk dan fizikal.

Iaa terus ke dalam hati sehingga manusia itu mati dan tersesat menuju ke neraka yang kekal abadi.

Nauzubillahi min zalik!

Jadilah kita masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab, marilah kita sama-sama sedekahkan ummu kitab pada arwah dan wanita tersebut. - KitaReporters

25
12
152
11
9
You will be interested