Insan & Komuniti 08 Sep, 2021

Berita Terkini| Hampir 90% populasi dewasa terima 1 dos! Hampir 70% lengkap vaksinasi Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEBANYAK 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Selasa, 7 September 2021.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

"Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

Sementara itu, jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh Negara. - KitaReporters


14
7
0
13
0
You will be interested