Insan & Komuniti 19 Jan, 2023

Syabas USIM@community! Usaha kongsi pemindahan ilmu! Santuni masyarakat asnaf di pulau-pulau Sabah!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Menyahut agenda universiti bagi memperkasa USIM@community dan USIM@Rakan Borneo, Pasukan Jemaah Profesor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama-sama pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Fakulti Pergigian menjalankan misi kemanusiaan di Pulau Sibangkat, Semporna, Sabah baru-baru ini.  

Program ini turut dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Semporna Prihatin, Yayasan Taqwa, Pusat Alumni dan Kerjaya USIM, serta Pusat Wakaf dan Zakat USIM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan misi kemanusiaan


Menurut Profesor Dato’ Dr Zulkiple Abdul Ghani yang mengetuai delegasi ini berkata, sebagai Jemaah profesor di universiti, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik, mahupun pelajar dan alumni untuk ‘turun padang’ dalam libat sama komuniti dan pemindahan ilmu.

Jelas beliau lagi, USIM melihat potensi alumni sebagai barisan hadapan dalam membantu masyarakat. 

Melalui konsep dakwah ekonomi, alumni USIM yang telah berjaya dalam pelbagai sektor ekonomi dan perniagaan turut menyumbang dan menurunkan manfaat terhadap masyarakat dengan membantu dalam penyediaan pendidikan asas  terutama bagi masyarakat di kawasan pedalaman.  



“Antara usaha-usaha menyantuni masyarakat asnaf yang telah dijalankan oleh alumni USIM di Sabah antaranya adalah melatih guru-guru unutk mengajar anak-anak asnaf di Pulau-pulau sekitar Sabah.  Hasilnya mereka sudah mula mengenal huruf, boleh mengira, membaca iqra dan menghafal bacaan solat,” ujarnya.  

Dokor pakar dari Fakulti Pergigian yang turut sama dalam misi ini juga tidak melepaskan peluang memberikan khidmat rawatan gigi percuma kepada penduduk Kampung Pulang Sibangkat, Pulau Maiga dan Pulau Kulapuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.



Sementara itu, Hassan Unus alumni USIM yang juga merupakan pengasas Pertubuhan Semporna Prihatin berkata, pelbagai aktiviti kebajikan, kerohanian dan pendidikan telah dijayakan bersama di 5 buah pulau di pedalaman Semporna. Turut disumbangkan sebuah generator untuk kegunaan masjid Pulau Sibangkat kepada ketua kampung. 

”Sesungguhnya, asnaf di pulau sangat memerlukan perhatian masyarakat di luar sana. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai fasiliti asas seperti pengangkutan awam, air bersih, dan elektrik, malah bermacam-macam lagi kemudahan yang dinikmati di kawasan bandar tidak dapat dirasai penduduk pedalaman pulau ini.”

“Sebagai salah seorang yang turut serta dalam misi kemanusiaan USIM ini, kami terharu melihat kesungguhan dan pengorbanan pendidik-pendidik kami daripada USIM turun padang menyantuni asnaf terpinggir di pedalaman pulau. 

"Paling mengujakan kami lagi adalah, misi kami tiada kesempatan melawat pulau peranginan seperti Pulau Mabul untuk “menyelam sambil minum air'. Semua pulau yang dilawati adalah pulau yang menempatkan ratusan hingga ribuan orang fakir miskin yang terpinggir daripada arus kemodenan negara”, tambahnya lagi.



Delegasi turut berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di pulau yang diimamkan dan dikhatibkan oleh Profesor Madya Dr Muhammad Khairy Mahyudin, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.

Naib Canselor Prof Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bersama-sama Prof Dato' Dr Musa Ahmad, Prof Dr Zurina Shafiee dan Prof Datin Dr Sapora Sipon turut serta menyertai misi pemindahan ilmu bersama masyarakat asnaf di Sabah. - KitaReporters/USIM



9
15
0
15
0
You will be interested