Insan & Komuniti 24 Jan, 2023

Langkah berbaik semula! Nurul Amalina tarik balik saman Mak Wan Latah! Simpati penderitaan hidupnya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Amell menarik balik saman kerana bersimpati dengan nasib Mak Wan Latah

PELAKON veteran Mak Wan Latah atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, kini boleh menarik sedikit nafas lega apabila tidak lagi perlu berulang alik ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak apabila kesnya dianggap selesai.

Bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah, Nurul Amalina Mohamad Kamal, 29, terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap pelakon veteran itu setelah  mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini setelah didedahkan pihak media.


Mak Wan latah ketika hadir di mahkamah

Menurut Nurul Amalina yang lebih dikenali sebagai Amell, dia membuat dakwaan sebelum ini kerana melibatkan maruah apabila Mak Wan Latah menuduh dia mengambil duit Mak Wan Latah dan pernah meludah dia di Batu Kurau, Perak pada Jun 2022. 

Namun timbul perasaan kasihan apabila pelakon yang pernah tinggal bersamanya itu kini menghadapi keperitan hidup. Jadi tidak elok untuk dia lanjutkan kes itu dalam keadaan Mak Wan Latah sebegitu.

"Cukuplah sampai di sini," kata Amelina yang akan meminta pihak peguam untuk menarik semula kes itu.

Dalam masa sama, dia akui dirinya terkejut mendengar khabar Mak Wan Latah kini tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetis dihidapinya. 

Dia sebak dan terkejut dengan nasib dialami Mak Wan Latah sedangkan ketika dia menjaganya, bekalan ubat tidak pernah putus. Amell berusaha menghubungi pelakon veteran itu dan berharap hubungan mereka kembali pulih.

Pada Julai 2022, pelakon veteran ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib meludah Amell namun Mak Wan mengaku tidak bersalah. 

Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca daripada tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.

Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.

Langkah untuk berbaik semula dijangka tidak bermasalah memandangkan Mak Wan Latah kini sudah semakin mendekati agama. - KitaReporters


12
12
0
8
1
You will be interested