Insan & Komuniti 19 Feb, 2023

Tembak mati pengawal peribadi sendiri! Jeneral Polis dihukum mati! Isteri pula dipenjara 20 tahun!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

TERTUDUH Ferdy Sambo dan Putri Candrawathi didakwa di Mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia pada 13 Februari 2023 atas tuduhan membunuh pengawal peribadinya, Brigadier J pada 8 Julai 2022. - Kredit foto : Merdeka.com


KES pembunuhan berprofil tinggi yang sebelum ini sentiasa mendapat perhatian rakyat di Indonesia akhirnya terjawab apabila seorang Jeneral Polis di negara itu dan isterinya masing-masing dijatuhi hukuman mati dan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh pengawal peribadinya, Brigadier Jeneral Nofriansyah Yosua Hutabarat, 27, atau Brigadier J pada 8 Julai 2022 lalu. 

Majlis Hakim Mahkamah Jakarta Selatan yang bersidang pada 13 Februari 2023 bersetuju menjatuhkan hukuman mati ke atas Jeneral Ferdy Sambo, 50, selepas mendapati bersalah melakukan pembunuhan terancang pada mangsa.

Isteri tertuduh, Putri Candrawathi, 40,  pula dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun akibat didapati bersubahat bersama suaminya melakukan pembunuhan tersebut pada pukul 3.28 petang hingga 4 petang (waktu tempatan) di kediaman rasmi Ferdy di Kompleks Duren Tiga, Jakarta Selatan.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes-kes pembunuhan

  

NOFRIANSYAH YOSUA HATABARAT


Hukuman mati terhadap pegawai kanan pasukan Polis Indonesia itu diumumkan oleh Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Wahyu Iman Santosa setelah tiga hakim pada majlis hakim di mahkamah itu mendapati suspek bersalah melakukan pembunuhan berkenaan.

Keputusan mahkamah itu disiarkan secara langsung di televisyen tempatan bagi orang ramai berpeluang mengikuti perkembangan kes membabitkan Jeneral Polis dua bintang di negara itu pada hari tersebut, lapor Kompas.com pada Isnin 13 Februari 2023.

Wahyu Iman berkata, tindakan Ferdy telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat di negara itu dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang, pelaku tidak sepatut berbuat demikian.


WAHYU IMAN SANTOSA. - kKedit foto : Merdeka.com


Mahkamah Jakarta Selatan juga menolak hujah pembelaan bahawa mangsa telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy sebelum kejadian akibat kekurangan bukti yang kukuh.

Mahkamah berpendapat, gangguan seksual terhadap mangsa tidak pernah berlaku, sebaliknya ia hanya ilusi dan hakim percaya kejadian pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada masalah lain balas dendam atau sakit hati daripada Putri Candrawathi terhadap  Brigadier J.

Ferdy  didapati mengarahkan pengawal peribadi yang lain menembak serta membunuh Brigadier J dan dia juga turut menembak pada kepala mangsa sehingga mati di rumah kediaman rasminya.


FERDY Sambo dan Putri Candrawathi. - Kredit foto: Merdeka.com



Ferdy telah dipecat daripada jawatannya pada 25 Ogos 2022, manakala Putri Candrawathi dan tiga pembantu suaminya turut didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan yang dirancang itu dibawah Pasal 340 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) jo Pasal 55 Ayat (1) KUHP.

Pembicaraan kes tersebut berlangsung selama tujuh bulan sehingga 13 Februari 2023.

Sebelum itu, polis dilaporkan mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi ketika insiden pembunuhan Brigadir J itu berlaku.

Namun, hakim berkata, rakaman CCTV itu sengaja dipadamkan oleh individu tertentu iaitu orang bawahan Ferdy.


FERDY Sambo (kiri) dan Brigadier J


Pada peringkat awal kematian Brigadier J, dilaporkan media tempatan berdasarkan laporan polis berkata, seorang anggota lain dalam pasukan keselamatan disyaki membunuh mangsa yang didakwa merogol Putri Candrawathi di kediaman rasmi pegawai kanan polis itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu amat mecurigakan polis sehingga menyebabkan tangkapan Ferdy dan Putri Candrawathi untuk siasatan selepas tiga minggu kejadian tersebut. - KitaReporters


 

 

10
9
0
15
0
You will be interested