Insan & Komuniti 09 Nov, 2023

Kanak-kanak lelaki 1 tahun disyaki mati didera! Seorang ibu tunggal direman! Rakan lelaki dicari!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lima bulan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kampung Raja, Besut, selepas dipercayai menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata pada  8 November 2023, seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia di klinik tersebut. 

Katanya, siasatan telah dijalankan dan mendapati kanak-kanak berkenaan dipercayai diserahkan kepada seorang rakan oleh ibunya untuk dijaga. 

Bagaimanapun, katanya, pada 7 November 2023 kira-kira jam 4.00 petang mangsa dihantar semula kepada ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mempunyai kesan lebam pada beberapa bahagian anggota badan.

”Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kebocoran pada usus kecil pada kanak-kanak yang menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan media pada 9 November 2023.


Abdul Rozak Muhammad


Walau bagaimanapun, katanya, punca kebocoran usus belum dapat dipastikan trauma atau jangkitan kuman dan memerlukan sampel untuk dihantar ke makmal.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2011 iaitu berkaitan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pihak polis sudah membuat tangkapan terhadap seorang ibu tunggal bagi membantu siasatan dan mulai direman pada Khamis, 9 November 2023

Menurut Abdul Rozak, pihak polis juga masih mengesan rakan kepada ibu kanak-kanak tersebut.

Pihak polis menyeru orang rami yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau keberadaan suspek seorang lelaki yang merupakan rakan kepada ibu kanak-kanak tersebut untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, ASP Mohd Faiz Che Mamat melalui talian 014-6329916 atau ibu pejbat polis daerah Besut 09-6956222. - KitaReporters


15
15
0
18
1
You will be interested