Kesungguhan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhasil apabila ia berjaya menempa sejarah setelah dianugerahkan 'ASEAN Clean Tourist City Award' (Anugerah Bandar Raya Pelancong Bersih ASEAN) sempena ASEAN Tourist Awards (Anugerah Pelancongan ASEAN) 2026.

Malah pengiktirafan ini adalah anugerah yang kedua diterima oleh MBMB setelah mereka berjaya menerima anugerah 'Clean Tourist City Standard' *Standard Bandar Raya Pelancong Bersih) di Laos, Vietnam pada 26 Januari 2024 yang lalu.
Bagi anugerah terbaharu tahun 2026 ini akan diterima oleh MBMB di Cebu, Filipina pada 30 Januari 2026.
Dengan anugerah yang diterima kali ini, ia melayakkan MBMB untuk menerima pengiktirafan di bawah kategori 'ASEAN Tourism Standards (Standard Pelancongan ASEAN) 2026-2027 pula.
Pencapaian ini membuktikan komitmen bersungguh-sungguh MBMB dalam kelestarian dan kebersihan sehingga mampu memperolehi pengiktirafan pada peringkat ASEAN, sekali gus menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

MBMB menerima anugerah 'Clean Tourist City Standard' *Standard Bandar Raya Pelancong Bersih) di Laos, Vietnam pada 26 Januari 2024.

Sementara itu, syabas dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana sanggup berkorban menganjurkan berkhatan percuma bagi anak-anak asnaf yang telah diadakan pada 23 Disember 2025.
Sudah pasti amanah dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan meringankan beban keluarga asnaf yang tidak lagi bersusah-payah untuk mengeluarkan kos bagi khatan yang disempurnakan.
Aktiviti tersebut turut membuktikan keprihatinan MAIM terhadap golongan yang memerlukan khususnya anak-anak asnaf yang berusia di antara 6 hingga 12 tahun.


Program yang diadakan di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Melaka Tengah membuktikan golongan asnaf senantiasa dipedulikan oleh MAIM terutama kebajikan golongan asnaf.
Semua 50 anak asnaf dalam kawasan daerah Melaka Tengah yang akan dikhatankan juga kelihatan ceria dan bersemangat setelah dimandikan secara beramai-ramai yang turut dib oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. - KitaReporters
